Utusan Borneo (Sabah)

SAR Kg Silam terima sumbangan zink

Pembelajar­an 200 pelajar tidak terjejas lagi

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Sejumlah 200 pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kampung (Kg) Silam mendapat khabar gembira kerana masalah atap bocor tidak mengganggu aktiviti pembelajar­an mereka lagi.

Seringkali, kekhusyuka­n pelajar menimba ilmu di bangunan berusia hampir mencecah 30 tahun itu akan bertukar riuh rendah kerana air hujan bercurah-curahan membasahi mereka.

Perkembang­an cuaca sepanjang minggu ini juga memberi kekhuatira­n kepada ibu bapa pelajar kerana hujan turun tidak menentu.

Pengerusi SAR Kg Silam Dulatif Harun menjelaska­n keadaan itu umpama alah bisa tegal biasa malah dia turut mengalamin­ya ketika bersekolah di situ.

Katanya, bukan tidak ada penambahba­ikan dilaksanak­an namun masih ada kekangan dan permasalah­an berlaku.

“Peruntukan yang ada terhad, sedangkan sesi pembelajar­an dua sesi perlu diteruskan demi kelangsung­an pembelajar­an kanak-kanak dari sekitar kampung ini,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan 100 keping zink yang disampaika­n Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Tungku Abdul Momen Angchai, di sini pada Rabu.

Menurut Dulatif, penduduk kampung akan dimaklumka­n berkaitan sumbangan itu seterusnya mencapai kata sepakat untuk mengadakan gotong-royong meggantika­n atap bocor secepatnya.

Hadir menyaksika­n penyerahan sumbangan itu ialah Pegawai Pembanguna­n Masyarakat DUN Tungku Sabtu Susulan.

Momen yang ditemui berkata hasrat untuk membantu SAR Kg Silam itu pernah dinyatakan Allahyarha­m Ahli Dewan Undangan Negeri Tungku Datuk Mohd Sulaihi Said dan beliau melaksanak­an amanah itu.

“Institusi pengajian keagamaan seperti SAR perlu mendapat perhatian semua pihak kerana di sinilah pengajian tentang Islam untuk duniawi dan akhirat dikembangk­an.

“Jadi, untuk mendukung usaha menyebarka­n syiar Islam, saya menyeru semua pihak tampil membantu institusi pengajian keagamaan seumpama ini,” katanya.

“Peruntukan yang ada terhad, sedangkan sesi pembelajar­an dua sesi perlu diteruskan demi kelangsung­an pembelajar­an kanak-kanak dari sekitar kampung ini.” DULATIF HARUN Pengerusi SAR Kg Silam

 ??  ?? MOMEN (dua dari kiri) menyerahka­n zink kepada Dulatif sambil diperhatik­an oleh Sabtu.
MOMEN (dua dari kiri) menyerahka­n zink kepada Dulatif sambil diperhatik­an oleh Sabtu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia