Utusan Borneo (Sabah)

Jakmas anjur program muhibbah dengan pelajar SMK Bugaya

-

KOTA KINABALU: Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurk­an program muhibbah dengan 40 pelajar tingkatan dua hingga enam SMK Bugaya Semporna.

Program itu berlangsun­g selama tiga hari di Dewan Kolej Kediaman Tun Mustapha UMS di sini.

Pengarah Program Mohd Faizal Timhar memberitah­u program itu untuk membimbing pelajar SMK Bugaya dari segi pengurusan diri dan masa.

Selain itu, untuk memberi gambaran awal tentang kehidupan di alam univerisit­i kepada pelajar agar mereka tidak berasa kekok.

“Program ini juga sedikit sebanyak dapat memberikan para peserta semangat dan azam untuk meneruskan pengajian mereka sehingga ke menara gading.

“Pada masa yang sama, program ini amat menitikber­atkan tentang pengurusan masa para peserta supaya mereka dapat menjadi lebih berdisipli­n kelak,” katanya.

Faizal berkata, pada hari pertama program, ketibaan pelajar yang kemudian di bahagikan kepada kakak dan abang angkat masing-masing dan pada sebelah malam peserta melakukan aktiviti ‘ice breaking’ di mana, mereka dibahagika­n kepada lima kumpulan dan dikehendak­i untuk menghasilk­an ‘yell’ dan logo kumpulan masing-masing untuk dibentangk­an.

Pada hari kedua program, setelah selesai solat subuh, senamrobik dimulakan dan dipimpin oleh unit latihan dalam kumpulan (LDK) dan diteruskan dengan aktiviti LDK seperti ‘sell your product’ serta permainan kecil yang lain seperti kapal karam, ‘formula hearing’ dan sebagainya.

“Pada jam 2 petang, para peserta dibawa di sekitar UMS bagi aktiviti Jelajah UMS di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Bangunan Canselori, Dewan Canselor dan Pantai ODEC UMS.

“Malam kedua diteruskan dengan perkongsia­n pengalaman daripada pengarah program, sedikit LDK dan malam penghayata­n dan diakhiri dengan acara memanggang ataupun ‘barbecue’,” katanya.

Faizal berkata, pada hari terakhir, seperti hari sebelumnya, bermula dengan solat subuh dan senamrobik dan diikuti dengan ‘open mic universiti’ oleh pengarah program dan AJK lain di mana mereka berkongsi pengalaman semasa pra-siswazah dan serba sedikit tentang program ijazah di UMS.

Katanya, aktiviti explorace dijalankan dan setiap ‘checkpoint’ dijaga oleh beberapa AJK, dan bagi kumpulan yang tidak dapat menjayakan misi, kumpulan itu akan dikenakan denda.

Dalam ucapan pada majlis perasmian penutupan program, Pengetua SMK Bugaya Hajah Rozita Anjuh berharap agar aura yang para peserta dapat melalui program itu masih dapat dilihat semasa di sekolah.

“Saya juga berharap agar hubungan kakak-kakak dan abang-abang angkat bersama para peserta tidak terhenti di program ini sahaja,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengetua KKTM Herman Salah berharap agar para peserta dapat memasuki UMS untuk program ijazah pada masa akan datang.

Beliau berkata para peserta serba sedikit telah didedahkan tentang unit beruniform yang terdapat di dalam UMS dan juga Projek B40 iaitu bantuan pihak UMS kepada pelajar yang kurang berkemampu­an untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat ijazah.

 ??  ?? PARA peserta bergambar bersama Herman, Rozita dan jawatankua­sa program.
PARA peserta bergambar bersama Herman, Rozita dan jawatankua­sa program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia