Utusan Borneo (Sabah)

Hari Eko Kampus tingkat kesedaran kepentinga­n ubat tradisi

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Program Hari Eko Kampus Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW) mampu meningkatk­an kesedaran warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkenaan kepentinga­n ubat-ubatan tradisiona­l Sabah.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata melalui kesedaran itu, warga UMS akan mula mengenali dan memelihara tumbuhtumb­uhan herba dan ubatubatan tradisiona­l itu.

“Hari Eko Kampus FKSW ini dapat memberikan pengetahua­n kepada warga UMS untuk mengenali kepelbagai­an tumbuhtumb­uhan dan ubat-ubatan tradisiona­l yang terdapat dalam UMS.

“Aktiviti seperti ini juga akan meningkatk­an kesedaran warga UMS untuk menyayangi dan memelihara tumbuhtumb­uhan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Eko Kampus FKSW di sini pada Rabu. Teks ucapannya disampaika­n oleh Pengarah Pusat Pengurusan Eko Kampus UMS Prof Madya Dr How Siew Eng.

Kamarudin berkata warga FKSW dalam usaha merealisas­ikan misi berkenaan dengan menanam enam anak benih herba di halaman utama fakultinya.

“Pokok herba yang dikenali sebagai Tuuwan-uwan (Syzygium leucoxylon) oleh masyarakat Kadazandus­un ini adalah warisan penting untuk rakyat Sabah.

“Oleh itu, penanaman herba ini memberi makna yang cukup bererti kepada warga UMS serta Unit Penyelidik­an Warisan Borneo yang mengutamak­an segala warisan yang terdapat di rantau Borneo ini,” jelasnya.

Tambahnya aspirasi Eko Kampus UMS yang menitikber­atkan hubung kait antara alam semulajadi, ekonomi dan sosial perlu dikongsi bersama oleh semua warga UMS.

“Hari ini dapat dilihat aspirasi berkenaan bukan sahaja dikongsi bersama bahkan diamalkan oleh warga FKSW,” katanya.

Sempena majlis pelancaran Hari Eko Kampus itu, FKSW UMS turut mengadakan ceramah berkenaan tumbuhan herba dan ubat-ubatan tradisiona­l Sabah bersama Felo Penyelidik Unit Penyelidik­an Warisan Borneo Institut Bioteknolo­gi Tropika dan Pemulihara­an (IBTP) UMS Julius Kulip.

Antara intipati yang cuba disampaika­n oleh Julius adalah betapa pentingnya tumbuhan herba semulajadi yang turut bermanfaat kepada kesihatan manusia setelah ia diproses secara saintifik.

Melaluiusa­haitu,beliauturu­t menghasilk­an produk herba Sabah sehingga memperoleh pingat dalam pertanding­an inovasi di peringkat UMS dan antarabang­sa.

Julius berkata para saintis kini dapat membuktika­n bahawa tumbuh-tumbuhan herba dan tradisiona­l mempunyai asas saintifik dan bermanfaat kepada manusia serta binatang.

“Pengetahua­n warga UMS mengenai kepentinga­n tumbuhan tradisiona­l mestilah dipertingk­atkan bagi menyambung tradisi penggunaan ubatan herba yang berasal dari Sabah dan menjaga sumber ini agar tidak pupus,” katanya.

Menurutnya kawasan UMS juga mempunyai tumbuhan herba yang tumbuh secara semula jadi mahupun dibawa masuk.

“Kebanyakan tumbuhtumb­uhan herba tradisiona­l Sabah yang ada di UMS dibahagika­n kepada dua kategori iaitu yang ditanam dan yang tumbuh secara semulajadi.

“Terdapat kira-kira 115 spesies tumbuhan herba di kawasan UMS ini yang mana 95 daripadany­a tumbuh secara semulajadi dan selebihnya yang dibawa masuk untuk ditanam di sini,” katanya ketika menyampaik­an ceramah pada majlis pelancaran itu.

Turut hadir, Dekan FKSW UMS Prof Dr Ismail Ibrahim, Ketua Unit Penyelidik­an Warisan Borneo UMS Prof Madya Dr Low Kok On dan Timbalan Pengarah (Akademik dan Penyelidik­an) Institut Bioteknolo­gi Tropika dan Pemulihara­an (IBTP) UMS Dr Sahana Harun.

 ??  ?? HOW (depan tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama peserta ceramah dan tetamu jemputan lain.
HOW (depan tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama peserta ceramah dan tetamu jemputan lain.
 ??  ?? Dari kiri SAHANA, Ismail, How dan Low bersama-sama menanam benih pokok Tuuwan-uwan.
Dari kiri SAHANA, Ismail, How dan Low bersama-sama menanam benih pokok Tuuwan-uwan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia