Utusan Borneo (Sabah)

Rusia hadiahkan persenjata­an tentera kepada Filipina

-

MANILA:Rusiamenye­rahkan trak tentera dan ribuan raifal perang kepada Presiden Filipina Rodrigo Duterte semalam ketika kedua-dua negara meraikan hubungan ketenteraa­n mereka yang semakin berkembang.

Duterte menerima persenjata­an itu sewaktu lawatan ke sebuah kapal tentera laut Rusia yang berlabuh di Manila, langkah terbaharu untuk menerima Rusia dan China dan pada waktu yang sama menjauhkan Filipina dari sekutunya sejak sekian lama dan rakan pertahanan, Amerika Syarikat (AS).

Selepas meninjau kapal perang antikapal selam gergasi Laksamana Panteleyev, Dutertesen­dirimengen­dalikan sebahagian daripada sumbangan 5,000 laras raifal Kalashniko­v bersama peluru dan 20 buah trak kepada tentera Filipina yang tidak dilengkapi senjata.

Menteri Pertahanan Rusia Sergei Shoigu memuji hubungan lebih erat ketika beliau menandatan­gani dua perjanjian bersama rakan sejawatann­ya di Filipina, Delfin Lorenzana.

“Filipina dianggap sebagai rakan yang penting dan prospektif di Asia Tenggara khasnya dan lingkaran AsiaPasifi­k amnya,” kementeria­n pertahanan Rusia memetik beliau sebagai menyebut dalam satu kenyataan, dan menambah ia adalah kali pertama seorang menteri pertahanan dari Moscow melawat Filipina.

Selama berdekad-dekad negara Asia Tenggara itu telah menjadi salah satu sekutu ketenteraa­n serantau Washington yang paling setia dan menerima pakej bantuan ketenteraa­n bernilai berbilion dolar.

Namun Duterte, 72, sudah melonggark­an pakatan selama 70 tahun itu.

Berang dengan kritikan Amerika mengenai perang dadah kontrovers­i yang meragut ribuan nyawa, Duterte sebaliknya mendekati Rusia dan China.

Tentera Filipina yang tidak mempunyai kelengkapa­n senjata yang hebat sememangny­a amat memerlukan sekutu yang kuat dan berpengaru­h.

Angkatan tentera Isnin lepas akhirnya mengisytih­arkan penamatan perang selama lima bulan di kota selatan Marawi di mana anggota tentera bergelut untuk mengusir anggota militan yang setia kepada kumpulan Islamic State dalam perang bandar paling lama di negara itu.

Tentera Australia dan AS membantu menyediaka­n peninjauan dan penyasaran yang penting dalam peperangan itu.

Namun Duterte menjelaska­n tanpa berbasa-basi bahawa beliau lebih suka sekiranya Filipina tidak terlalu bergantung kepada AS.

Dalam satu lawatan ke Beijing pada tahun lepas, beliau berkata beliau sudah ‘menjajarka­n semula’ hubungan Filipina untuk lebih condong ke arah Beijing dan Moscow.

“Terdapat tiga daripada kami yang menentang dunia: China, Filipina dan Rusia,” ujarnya.

Shoigu dan Lorenzana kelmarin menandatan­gani perjanjian dalam satu acara sampingan di sebuah forum keselamata­n ke utara Manila yang meliputi kerjasama pertahanan dalam penyelidik­an senjata dan pertukaran pakar, menurut kenyataan dari kementeria­n masing-masing.

Filipina turut menandatan­gani kontrak untuk membeli pelancar bom tangan yang didorong oleh roket, kata kementeria­n Rusia tanpa menyebut jumlah senjata yang akan diperolehi atau nilai perjanjian itu.

China juga sudah menyumbang ribuan raifal perang dan penembak hendap kepada Filipina dalam tanda persahabat­an yang sama. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? DUTERTE (dua kanan) dan Ano (dua kiri) memeriksa raifal Kalashniko­v sambil diperhatik­an Shoigu (kanan) semasa upacara penyerahan di Pelabuhan Manila semalam. — Gambar AFP
DUTERTE (dua kanan) dan Ano (dua kiri) memeriksa raifal Kalashniko­v sambil diperhatik­an Shoigu (kanan) semasa upacara penyerahan di Pelabuhan Manila semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia