Utusan Borneo (Sabah)

California alami gelombang haba ekstrem

Suhu pecah rekod hari paling panas pada 1909 dicatatkan di kebanyakan bandar raya

-

LOS ANGELES: Amaran kepanasan melampau dikeluarka­n di California sehingga semalam selepas negeri itu dibakar suhu ekstrem yang memecah rekod.

Pusat bandar raya Los Angeles kelmarin memecah rekod 37.2 darjah Celsius pada 1909 pada hari itu selepas suhu meningkat kepada 40 darjah Celsius pada awal petang, menurut Jabatan Cuaca Negara.

Suhu memecah rekod turut direkodkan di kebanyakan bandar raya lain di bahagian selatan negeri termasuk Long Beach (105 darjah Fahrenheit) dan Santa Barbara (96 darjah Fahrenheit).

Gelombang kepanasan akhir musim yang luar biasa mendorong pegawai di Los Angeles untuk mengeluark­an amaran kepada peminat besbol yang menonton permainan satu Siri Dunia di Stadium Dodger, dan menggesa mereka untuk membawa banyak air ketika menonton perlawanan.

Suhu bagi petang itu dijangka turun kepada 97 darjah Fahrenheit.

Jabatan Cuaca Negara berkata, kepanasan berbahaya dijangkaka­n sehingga semalam apabila suhu dijangka mula reda.

“Ini adalah gelombang kepanasan hujung musim yang sangat luar biasa dan tidak harus dipandang ringan!” katanya.

Kepanasan yang begitu terik berlaku ketika negeri itu sedang pulih daripada siri kebakaran belantara besarbesar­an yang memusnahka­n wilayah wain di utara California pada awal bulan ini dan mengorbank­an lebih 40 orang.

Senat AS kelmarin meluluskan pakej bantuan bencana bernilai AS$36.5 bilion untuk komuniti terjejas hurikan seperti Puerto Rico dan kawasan yang terjejas kebakaran hutan.

Langkah tersebut yang menggarisk­an perbelanja­an tambahan bencana diluluskan dengan keputusan 82 kepada 17, hampir dua minggu selepas pakej kecemasan itu diluluskan Dewan Perwakilan.

Bantuan termasuk AS$18.7 bilion untuk tabung bantuan bencana Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutua­n (FEMA), AS$16 bilion untuk merangsang program insurans banjir kebangsaan dan AS$576 juta untuk usaha respons kebakaran hutan khususnya di California di mana beberapa komuniti terjejas bulan ini.

Tambahan AS$1.27 bilion ditetapkan untuk bantuan makanan bagi Puerto Rico.

Presiden Donald Trump bagaimanap­un mendorong rombakan kepada program insurans banjir kebangsaan dengan meningkatk­an bantuan ke wilayah AS itu yang masih terjejas lebih sebulan dibadai Hurikan Maria, menyebabka­n 51 maut serta gangguan air dan elektrik kepada kebanyakan populasiny­a.

Pakej bantuna itu sebagai tambahan kepada AS$15 bilion yang diluluskan bulan lepas setelah Texas dan Florida dibadai hurikan.

Senator Texas John Cornyn berkata, beliau sudahpun mengintai lebih banyak bantuan untuk negerinya yang terjejas.

“Meskipun sumber ini penting bagi rakyat yang pulih daripada hurikan dan kebakaran hutan baru-baru ini, Texas akan memerlukan lebih banyak bantuan ketika kami pulih dan membina semula selepas kemaraan Hurikan Harvey,” kata Republikan nombor dua dalam Senat itu.

Awal bulan ini, Trump dikritik ekoran responsnya terhadap bencana hurikan di Puerto Rico di mana beliau memberi amaran responden kecemasan dan tentera tidak boleh ‘selamanya’ berada di pulau dengan 3.4 juta pendudukit­uyangmerup­akan salah satu wilayah AS.

Dalam perkembang­an berasingan, siasatan masih diteruskan mengenai kejadian bunuh dan bunuh diri sepasang kekasih yang hilang di Taman Negara Joshua Tree di California, menurut pihak berkuasa.

Joseph Orbeso, 22, menembak mati kekasihnya Rachel Nguyen, 20, di mana kedua-duanya hilang sejak 28 Julai, selepas seorang saksi mendakwa melihat mereka berjalan di taman itu.

“Bukti mencadangk­an Orbeso menembak Nguyen sebelum menembak dirinya sendiri.

“Siasatanme­ngenaikeja­dian ini masih diteruskan,” menurut kenyataan daripada pejabat syerif. — AFP

Gelombang kepanasan akhir musim yang luar biasa mendorong pegawai di Los Angeles untuk mengeluark­an amaran kepada peminat besbol yang menonton permainan satu Siri Dunia di Stadium Dodger, dan menggesa mereka untuk membawa banyak air ketika menonton perlawanan. Suhu bagi petang itu dijangka turun kepada 97 darjah Fahrenheit.

 ??  ??
 ??  ?? ORANG ramai menyejukka­n badan dengan bermandi-manda di pantai semasa gelombang haba California Selatan di Oceanside, California kelmarin. — Gambar Reuters
ORANG ramai menyejukka­n badan dengan bermandi-manda di pantai semasa gelombang haba California Selatan di Oceanside, California kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia