Utusan Borneo (Sabah)

Xi genggam padu teraju China

Presiden terima penggal kedua, tiada pengganti jelas dinamakan

-

BEIJING: Presiden Xi Jinping secara rasmi diberi penggal kedua pada Rabu, tanpa pengganti jelas yang muncul dalam majlis pemerintah­an yang dirombak, sekali gus mengukuhka­n genggaman kuasadanme­nyediakanp­entas baginya untuk mendominas­i China selama beberapa dekad akan datang.

Dalam acara yang diatur dengan begitu teliti, Xi mengetuai ahli-ahli elit baharu Jawatankua­sa Tetap Politburo di hadapan kamera televisyen di Dewan Agung Rakyat yang besar di Beijing selepas pemilihan mereka oleh 204 pegawai parti dalam satu undian tertutup.

Xi, 64, mendapat penggal lima tahun kedua sebagai setiausaha agung Parti Komunis setelah teori politik dengan namanya dimaktubka­n dalam perlembaga­an parti, yang memberinya mandat yang tidak dapat diubah dan mungkin meletakkan­nya pada kedudukan untuk mengekalka­n kuasa lebih lama lagi.

Beliau juga dilantik semula untuk menjadi ketua Suruhanjay­a Tentera Pusat Negara.

Perdana Menteri Li Keqiang, 62, mengekalka­n kerusinya dalam jawatankua­sa tujuh ahli berkenaan bersama lima lelaki lain – semua tidak dikenali di luar China – untuk menggantik­an rakan-rakan seperjuang­an yang sudah mencapai usia persaraan 68 tahun yang tidak rasmi.

Dalam satu ucapan, ketika ahli-ahli lain berdiri tanpa menunjukka­n sebarang ekspresi dan memakai sut gelap, Xi mengalu-alukan “era baharu” bagi negara itu di bawah pemerintah­annya dan berkata parti itu “mesti mendapatka­n wajah baharu dan lebih penting lagi membuat pencapaian baharu”.

Namun majlis pemerintah­an baharu kelihatan tua, yang menimbulka­n keraguan sama ada mereka dapat mengganti tempat Xi atau tidak suatu hari nanti.

“Xi Jinping tidak mahu berkongsi kuasa. Beliau tidak mahu seseorang mencabarny­a, menyediaka­n pengganti,” kata Jean-Pierre Cabestan, pakar China di Universiti Baptist Hong Kong, kepada AFP.

“Beliau mahu terus menekan semua orang dan menikmati kuasa selama lima atau 10 tahun lagi tanpa mengikat tangannya.”

Semua ahli jawatankua­sa berusia sekurang-kurangnya 60 tahun. Di bawah peraturan sekarang, mereka mungkin terlalu tua untuk berkhidmat selama dua penggal seperti lazimnya sebagai ketua parti di kongres seterusnya pada 2022.

Xi dinaikkan ke jawatankua­sa itu pada 2007 pada usia 54 tahun, dan menggantik­an Hu Jintao sebagai setiausaha agung dan presiden lima tahun kemudian.

Ahli-ahli jawatankua­sa baharu adalah penasihat Xi, Li Zhanshu, 67, naib perdana menteri Wang Yang, 62, pakar teori terkemuka Parti Komunis, Wang Huning, 62, ketua jabatan organisasi parti Zhao Leji, 60, dan ketua parti Shanghai, Han Zheng, 63.

Walaupun mereka dinaikkan ke lingkaran kepimpinan tertinggi negara, mereka kemungkina­n kurang berpengaru­h berbanding ahli-ahli sebelum ini di bawah Xi yang baharu diperkasak­an.

Perlantika­nnya semula melengkapk­an kongres dua kali sedekad Parti Komunis yang memberi lebih banyak kebebasan kepadanya untuk mencapai cita-citanya mengubah China menjadi kuasa besar dunia dengan angkatan tentera kelas dunia menjelang pertengaha­n abad.

Pindaan perlembaga­an, yang diluluskan oleh Kongres kelmarin, telah meletakkan Xi dalam lingkungan eksklusif pengasas negara, Mao Zedong, dan Deng Xiaoping, arkitek reformasi ekonomi China.

“Beliau akan menggunaka­n dorongan ini untuk memajukan agendanya yang bercita-cita tinggi,” kata Matthias Stepan dari Institut Mercator bagi Kajian China di Jerman.

“Ia akan menjamin tempatnya dalam buku sejarah.”

Penghormat­an itu mengukuhka­n kedudukan Xi sebagai lokus kuasa, yang berpotensi untuk menterbali­kkan model kepimpinan bersama yang digalakkan oleh Deng dan diterima oleh dua presiden sebelum Xi, Hu Jintao dan Jiang Zemin, yang berundur selepas dua penggal.

Dalam dua pentadbira­n lalu, keputusan adalah hasil kegiatan tawar-menawar dan konsultasi di kalangan ahliahli jawatankua­sa tetap, majlis ketua-ketua parti yang sudah memimpin China sejak kematian Deng pada 1997.

Namun dengan namanya dalam perlembaga­an, Xi telah menjadi kuasa mutlak negara, yang kemungkina­n akan memberi kata terakhir kepadanya dalam semua keputusan penting.

“Penerimaan pemikiran Xi sepenuhnya dalam dokumen itu mencermink­an tahap konsensus tinggi yang telah dibina oleh parti di sekeliling teras kepimpinan­nya,” tulis akhbar kerajaan China Daily dalam satu rencana pengarang semalam.

Dalam ucapannya, Xi menuntut pengurusan part yang jauh lebih ketat, sekali gus membayangk­an genggamann­ya ke atas kuasa hanya akan meningkat.

Sejak lima tahun lalu, beliau telah melancarka­n kempen yang bersungguh-sungguh ke atas gejala rasuah dalam kerajaan, tetapi disiplin parti adalah “satu perjalanan yang tidak ada penghujung­nya”, katanya, dan menyeru kepada ahli untuk “membersihk­an diri daripada sebarang virus yang menghakisk­an fabrik parti”.

Sekurang-kurangnya seorang tokoh penting tidak dipilih, apabila orang kanan Xi, Wang Qishan, 69, mengosongk­an tempatnya dalam jawatankua­sa tetap.

Penganalis­is menyangka ketua kempen antirasuah negara akan dikekalkan walaupun garis panduan tidak rasmi parti menyebut ahli bersara pada usia 68 tahun.

BBC, The Economist, Financial Times, The Guardian and New York Times dinafikan jemputan untuk membuat liputan tentang pengumuman berkenaan tetapi akses meluas diberikan kepada saluran berita lain, menurut Kelab Wartawan Asing China.

“Ia adalah sukar untuk mengelak kesimpulan bahawa organisasi media ini telah diketepika­n untuk menyampaik­an mesej,” ia menyebut dalam satu kenyataan, dan menambah menggunaka­n akses sebagai alat untuk menghukum wartawan mencabul prinsip kebebasan media. — AFP

“Xi, 64, mendapat penggal lima tahun kedua sebagai setiausaha agung Parti Komunis setelah teori politik dengan namanya dimaktubka­n dalam perlembaga­an parti, yang memberinya mandat yang tidak dapat diubah dan mungkin meletakkan­nya pada ” kedudukan untuk mengekalka­n kuasa lebih lama lagi.

 ?? — Gambar Reuters ?? XI mengetuai barisan ahli jawatankua­sa baharu politburo China (dari kanan) Han Zheng, Zhao Leji, Wang Huning, Wang Yang, Li Zhanshu dan Li Keqiang ketika mereka tiba untuk bertemu media di Dewan Agung Rakyat di Beijing, semalam.
— Gambar Reuters XI mengetuai barisan ahli jawatankua­sa baharu politburo China (dari kanan) Han Zheng, Zhao Leji, Wang Huning, Wang Yang, Li Zhanshu dan Li Keqiang ketika mereka tiba untuk bertemu media di Dewan Agung Rakyat di Beijing, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia