Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 101 tenggiling disita

-

PEKANBARU: Pihak berkuasa Indonesia merampas lebih 100 tenggiling, kesemuanya masih hidup, kata pegawai semalam, dalam rampasan spesies amat terancam itu yang dianggarka­n aktivis pemulihara­an bernilai AS$1.5 juta (RM6.45 juta).

Pegawai Indonesia menjumpai tenggiling tersebut kelmarin dalam serbuan ke atas sebuah bot nelayan di perairan pantai timur Pulau Sumatera, menurut tentera laut dalam kenyataan media.

Pihak berkuasa dimaklumka­n penduduk tempatan yang menyatakan mamalia bersisik itu cuba diseludup ke Malaysia.

Tenggiling, haiwan jinak dengan kulit keras yang tebal, hanya dapat dijumpai di beberapa tempat di Asia Tenggara dan Afrika dan merupakan mamalia yang paling banyak diseludup di dunia.

Dua lelaki, berusia 22 dan 25 tahun, ditangkap selepas mereka mengakui mereka dibayar wang untuk membawa tenggiling itu ke Malaysia.

Jika didapati bersalah, suspek boleh dikenakan hukuman maksimum penjara selama lima tahun atau denda Rp100 juta (RM31,390) kerana melanggar undang-undang pemulihara­an Indonesia.

“Kami menerima 101 ekor tenggiling hidup yang dirampas oleh tentera laut semalam (Selasa) tetapi empat daripadany­a mati kemudian,” kata ketua sebuah agensi pemulihara­an tempatan.

Tenggiling yang dirampas akan dibebaskan di taman negara berdekatan, kata Mahfudz, yang seperti ramai warga Indonesia menggunaka­n satu nama.

Dwi Adhiasto, dari Persatuan Pemulihara­an Hidupan Liar (WCS), yang bekerja bersama pihak berkuasa Indonesia untuk mengekang jenayah hidupan liar, berkata penghantar­an itu bernilai kirakira AS$25,000 (RM107,500) secara borong, tetapi dapat mengaut sebanyak AS$1.5 juta jika dijual pada peringkat antarabang­sa.

Pada Jun lalu, anggota tentera laut menjumpai 223 ekor tenggiling hidup, 24 daripadany­a sudah mati, selain sembilan beg besar yang mengandung­i sisik tenggiling dalam sebuah gudang dekat Medan, Sumatra Utara.

Daging tenggiling dianggap makanan istimewa di China dan sisiknya kadang-kadang digunakan dalam pengeluara­n metamfetam­ina kristal.

Permintaan melambung bagi makhluk jinak itu menyaksika­n kira-kira sejuta tenggiling dirampas dari hutan di Asia dan Afrika sejak sedekad lalu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia