Utusan Borneo (Sabah)

Struktur batu misteri di gurun Arab Saudi

-

SYDNEY: Hampir 400 struktur batu purba penuh misteri dikesan di gurun Arab Saudi oleh penyelidik dari Australia yang menggunaka­n Google Earth.

David Kennedy, dari pasukan yang sudah berdekad-dekad merekodkan ribuan tapak arkeologi di Timur Tengah, berkata struktur buatan manusia itu yang digelar ‘Pintu Pagar’, dipercayai dibina antara 2,000 hingga 9,000 tahun lalu.

Namun tujuan dan fungsinya masih misteri.

“Kita tidak dapat melihatnya dalam sebarang cara yang dapat difahami dari bawah tetapi apabila kita naik ratusan kaki atau dengan satelit yang jauh lebih tinggi, ia menonjol indah sekali,” menurut ahli akademik Universiti Australia Barat itu.

Kennedy hairan ketika kali pertama melihat tapak terpencil dan aneh itu dalam kawasan lapang lahar gunung berapi purba di atas imej satelit, walaupun sudah 40 tahun bekerja di wilayah itu.

“Saya merujuknya sebagai ‘Pintu Pagar’ kerana apabila kita melihatnya dari atas, ia kelihatan seperti pintu pagar lapang sederhana yang rata, dua tiang menegak di tepi disambung dengan batang besi panjang,” katanya.

“Ia tidak kelihatan seperti struktur kediaman atau perangkap haiwan atau tempat membuang mayat, justeru tujuannya satu misteri.”

Penemuanny­a diceritaka­n dalam kertas kerja yang akan diterbitka­n bulan depan dalam jurnal ‘Arabian Archaeolog­y and Epigraphy’.

Beliau berkata, tidak banyak diketahui tentang orang yang membinanya, tetapi dipercayai nenek moyang orang Badwi sekarang.

Penemuanny­a dibuat secara kebetulan selepas seorang doktor Arab yang berminat dengan sejarah kawasan itu menghubung­inya, selepas mendengar tentang kerjanya di Jordan.

“Dia kata ‘saya berminat dengan warisan negara saya, saya telah mengesan dalam Google Earth beberapa struktur agak aneh dalam kawasan lapang lahar’,” kata Kennedy kepada badan penyiaran ABC.

“Dia menghantar koordinatn­ya kepada saya, saya melihatnya dan terkejut.”

Kennedy, pengarah pengasas projek Arkeologi Terancam di Timur Tengah dan Afrika Utara, mengkhusus dalam arkeologi udara.

Sejak 1997, beliau dan pasukannya mengambil gambar puluhan ribu struktur batu, kebanyakan­nya di Jordan, berupa bulatan gergasi, perangkap haiwan dan tugu kubur. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR tidak bertarikh serahan Universiti Australia Barat menunjukka­n struktur batu purba digelar ‘Pintu Pagar’ di lokasi tidak didedahkan di seluruh gurun di Arab Saudi.
— Gambar AFP GAMBAR tidak bertarikh serahan Universiti Australia Barat menunjukka­n struktur batu purba digelar ‘Pintu Pagar’ di lokasi tidak didedahkan di seluruh gurun di Arab Saudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia