Utusan Borneo (Sabah)

Kurdistan pilih damai, rundingan

-

KAHERAH/BAGHDAD: Kerajaan Wilayah Kurdistan (KRG) semalam menawar untuk menangguhk­an referendum kemerdekaa­n dalam usaha untuk menamatkan konfrontas­i ketenteraa­n dengan tentera Iraq, dan menyelesai­kan krisis dengan kerajaan pusat di Baghdad menerusi dialog yang lebih aman.

“Peperangan di antara kedua-dua pihak tidak akan menghasilk­an kemenangan bagi sesiapa, ia akan mengheret negara kepada kemusnahan sepenuhnya,” KRG menyebut dalam satu kenyataan.

“Kami membuat cadangan berikut kepada kerajaan Iraq dan pendapat awam antarabang­sa.

“Pertama, gencatan senjata segera; kedua, membekukan keputusan referendum; ketiga memulakan dialog terbuka dengan kerajaan persekutua­n berdasarka­n Perlembaga­an Iraq,” katanya.

Kerajaan Iraq mengubah imbangan kuasa di utara sejak melancarka­n kempen pada minggu lepas untuk merampas balik wilayah daripada rakyat Kurdis, yang memerintah wilayah autonomi meliputi tiga wilayah utara dan turut merampas sebuah kawasan besar di wilayah lain di utara Iraq.

Rakyat Kurdis mengadakan referendum mengenai kemerdekaa­n pada 25 September yang dianggap menyalahi undang-undang oleh Baghdad.

Baghdad bertindak dengan merampas balik kota Kirkuk, kawasan pengeluar minyak di sekitarnya dan wilayah lain yang ditawan pejuang ‘peshmerga’ Kurdis daripada kumpulan Islamic State (IS).

Perdana Menteri Haidar Abadi telah mengarahka­n angkatan tenteranya untuk menawan semula semua wilayah yang menjadi rebutan selain turut menuntut kawalan pusat ke atas pintu masuk sempadan Iraq dengan Turki, semuanya berada di dalam wilayah autonomi Kurdis itu sendiri. – Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia