Utusan Borneo (Sabah)

Sembilan ada kaitan IS ditahan di Jakarta

-

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menangkap sembilan lelaki yang disyaki ada kaitan dengan sebuah rangkaian militan yang setia kepada kumpulan pelampau Islamic State (IS) dan merancang siri serangan ke atas balai polis, kata seorang jurucakap polis.

Polis antiterori­sme telah bergelut dengan kebangkita­n radikalism­e tempatan barubaru ini di negara majoriti Muslim terbesar di dunia, didorong oleh IS.

Polis berkata lapan lelaki ditangkap kelmarin di wilayah Riau dan seorang lelaki di wilayah Sulawesi Selatan. Mereka didakwa ada kaitan dengan rangkaian militan berprofil paling tinggi di Indonesia, Jemaah Asharut Daulah (JAD), yang setia kepada IS.

“Mereka merancang serangan ke atas balai polis dari peringkat daerah hingga ke peringkat wilayah,” kata jurucakap polis Rikwanto mengenai lelaki-lelaki yang ditangkap di Riau.

Dia menambah lelaki-lelaki tersebut disyaki menyertai kem latihan di sebuah wilayah bersebelah­an di mana mereka belajar untuk menembak dan membuat bom.

Detasmen 88, unit polis antiterori­sme elit negara biasanya memperting­katkan pengawasan dan serbuan menjelang hujung tahun, untuk mematahkan komplot militan yang menyasari perayaan Ambang Tahun Baharu dan Natal serta tempat tarikan pelancong yang popular.

Pihak berkuasa mengesyaki ratusan orang bersimpati dengan IS di Indonesia, ada di antaranya yang telah pergi ke Syria untuk berjuang bersama kumpulan tersebut.

Kebimbanga­n semakin meningkat mengenai kepulangan anggota militan yang menyertai peperangan selepas IS kehilangan wilayah di Timur Tengah.

Empat maut apabila militan ada kaitan IS melancarka­n serangan di pusat Jakarta pada Januari 2016. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia