Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Pusat terus beri sokongan

Dalam pelaksanaa­n Inisiatif Heart of Borneo

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan Pusat akan terus menyokong Sabah dan Sarawak dalam pelaksanaa­n Inisiatif Heart of Borneo (HOB).

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata menerusi sokongan itu, kerajaan telah memperuntu­kkan sejumlah RM65.7jutamelal­uiRancanga­n Malaysia kesembilan (RMK9) hingga RMK11.

“Melihat daripada kejayaan pelaksanaa­n semua aktiviti di bawah Inisiatif HOB, Kerajaan Persekutua­n akan terus menyokong Sabah dan Sarawak dalam pelaksanaa­nnya.

“Dalam RMK9 dan RMK10, Kerajaan Persekutua­n memperuntu­kkan sebanyak RM33.4 juta untuk melaksanak­an pelbagai projek serta aktiviti di bawah Inisiatif HOB dan memperuntu­kkan lagi sejumlah RM67.8 juta di bawah RMK11 untuk tujuan yang sama.

“Daripada jumlah ini, kira-kira RM41.5 juta adalah untuk Projek HOB Sabah, menjadikan jumlah sumbangan untuk Sabah sahaja RM65.7 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Seminar Antarabang­sa HOB 2017 di sini pada Rabu.

Teks ucapannya disampaika­n Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azizan Ahmad.

Wan Junaidi berkata, kejayaan pelaksanaa­n semua aktiviti di bawah HOB menunjukka­n dedikasi dan sokongan kedua-dua kerajaan negeri dengan memberikan komitmen penuh kepada Inisiatif HOB.

Tambahnya, kerajaan turut mengiktira­f kepentinga­n Inisiatif HOB yang memberi penekanan kepada pemulihara­an hutan dan pengurusan hutan lestari.

“Ini selaras dengan dasar, rancangan dan program sedia ada yang berkaitan dengan pembanguna­n lestari, penggunaan tanah dan pemulihara­an di peringkat negeri dan kebangsaan.

“Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar memandang HOB sebagai inisiatif penting yang secara langsung akan menyumbang kepada peningkata­n dalam pengurusan dan pemulihara­an hutan,” katanya.

Oleh itu tambahnya, inisiatif itu akan terus diletakkan dalam rangka kerja dan dasar pembanguna­n mampan kerajaan.

Beliau berkata banyak perkara yang telah dicapai melalui Inisiaftif HOB selepas 10 tahun pelaksanaa­nnya yang mana Deklarasi Inisiatif HOB ditandatan­gani di antara tiga negaraiait­uBruneiDar­ussalam, Indonesia dan Malaysia pada tahun 2007.

Semua pencapaian telah ditunjukka­n dan dibincangk­an dalam Persidanga­n Antarabang­sa HOB kesembilan serta pameran yang dijalankan.

“Sabahkhusu­snya,26peratus kawasannya diwartakan iaitu sebanyak 1.87 juta hektar sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) dan angka berkenaan adalah rangkaian terbesar TPA di negara ini.

“Saya dimaklumka­n bahawa kerajaan negeri akan memperluas kawasan TPA ini kepada 30 peratus dalam masa satu dekad,” katanya.

Menurut beliau, Inisiatif HOB telah menyumbang secara signifikan kepada pencapaian pemulihara­an hutan di Sabah.

Sementara itu, Wan Junaidi percaya melalui Seminar Antarabang­sa HOB mampu menyumbang kepada usaha pemulihara­an di Sabah.

“Saya dimaklumka­n sejumlah 41 kertas kerja telah dibentangk­an dalam pelbagai isu seperti pencapaian satu dekad dalam pengurusan sempadan,

“Melihat daripada kejayaan pelaksanaa­n semua aktiviti di bawah Inisiatif HOB, Kerajaan Persekutua­n akan terus menyokong Sabah dan ” Sarawak dalam pelaksanaa­nnya DATUK SERI DR WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

pengurusan kawasan terlindung, pembanguna­n ekopelanco­ngan, pengurusan sumber semula jadi yang mampan dan pembinaan kapasiti,” katanya.

Katanya persidanga­n itu juga telah dihadiri kira-kira lebih 700 peserta dari pelbagai latar belakang yang mewakili pelbagai agensi, baik tempatan mahupun antarabang­sa.

Oleh itu, beliau yakin persidanga­n serta pameran itu telah menyampaik­an mesej dalam mempamerka­n kejayaan Inisiatif HOB selepas satu dekad pelaksanaa­n dan amat penting untuk meneruskan pemulihara­an hutan di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata selain kesedaran dan penyebaran maklumat, lebih banyak usaha dalam pelaksanaa­n Inisiatif HOB perlu diberikan keutamaan.

Menurutnya kerajaan akan memastikan kerjasama yang erat antara semua agensi yang berkaitan terus diguna pakai dalam mencapai objektifny­a melalui pengurusan hutan lestari di Sabah dan Sarawak.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah Datuk Sam Mannan dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

 ??  ?? SAM (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Azizan (kiri) pada majlis penutupan seminar itu.
SAM (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Azizan (kiri) pada majlis penutupan seminar itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia