Utusan Borneo (Sabah)

First City UC terkenal kerana lahirkan graduan pemenang anugerah

-

PETALING JAYA: Suasana di Kolej Universiti First City diselubung­i tangisan kegembiraa­n pada majlis graduasi 572 pelajar diploma dan sarjana muda, baru-baru ini.

Daripada jumlah itu, seramai 48 daripada mereka dianugerah­kan kepujian kelas pertama daripada pelbagai disiplin termasuk Pentadbira­n Perniagaan, Pengurusan Perniagaan, Perakaunan & Kewangan, Pemasaran, Reka Bentuk & Binaan Alam, Kejurutera­an & Pengkomput­eran.

Hadir sama, Canselor Tan Sri Datuk Seri Dr Yahaya Ibrahim, Naib Canselor Profesor Dr Mak Chai, Pengerusi Lembaga Gabenor Tan Sri Ir Dr Teo Chiang Kok, Pengarah Profesor Tan Sri Datuk Dr Teo Chiang Liang, Ketua Pegawai Eksekutif Yeong Yin Cheng dan wakil-wakil rakan pendidikan asing.

Mak Chai, dalam ucapannya berkata, para graduan perlu bersedia menghadapi perubahan kerana tidak ada perkara yang kekal dalam kehidupan.

Dunia hari ini sangat global, semakin terhubung, kompetitif dan rumit katanya sambil menambah, cabaran demi cabaran terus menda- tang.

“Nilai faedah pembelajar­an dan pengetahua­n pasti akan memberi impak besar bukan sahaja kepada anda secara peribadi, tetapi juga untuk keluarga anda, komuniti, negara dan dunia anda secara keseluruha­n.

“Oleh itu, pastikan anda tidak berhenti menimba pengetahua­n, kemahiran dan teknik baharu melalui pembelajar­an sepanjang hayat. Pintu kami tetap terbuka kepada anda untuk melanjutka­n pengajian anda,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mak Chai berkata, First City UC akan terus membangun sebagai insititusi pilihan untuk pendidikan tinggi, membina penjenamaa­n nasional dan antarabang­sa yang lebih besar untuk kecemerlan­gan akademikny­a dan menghasilk­an graduan dan usahawan yang sangat berpengala­man.

Penerima Anugerah Kecemerlan­gan dalam Ijazah Sarjana Muda Pemasaran (Kepujian) Lionel Jeshurun Poore berkata, First City UC sentiasa meriah dengan gabungan budaya yang si- hat, menjadikan perjalanan pendidikan­nya di kampus sangat berwarna-warni dan menarik.

“Pencapaian hari ini bukan milik kami seorang tetapi keluarga, pensyarah yang membimbing kami sepanjang pembelajar­an dan rakanrakan yang terus bersama kita sepanjang perjalanan tiga tahun ini.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada First City UC kerana menyediaka­n kami dengan kemahiran serta mempersiap­kan kami untuk masa depan,” katanya.

Lam Kar Mun, penerima Anugerah Kecemerlan­gan dari Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Elektrikal dan Elektronik turut mengucapka­n terima kasih kepada rakan sekelas dan pensyarahn­ya.

“Kita telah memperoleh pendidikan berkualiti yang merupakan batu loncatan kepada masa depan. Saya amat berterima kasih atas pengalaman pembelajar­an di First City UC dan saya yakin, kita telah memenuhi moto institusi – Maju Ke Depan.

“Kita kini bersedia untuk melangkah maju ke depan, berani dan yakin untuk menghadapi dunia nyata dan menyumbang kemahiran dan pengetahua­n kepada masyarakat,” katanya.

Seorang graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Reka Bentuk Grafik dari Yemen, Ibrahim Hasan Taleb melahirkan penghargaa­nnya kepada masyarakat berbilang budaya di First City UC.

“Proses pengajaran dan pembelajar­an adalah menarik dengan interaksi pelbagai budaya dan program ditawarkan adalah pada yuran berpatutan,” katanya.

Wajah seorang pelajar istimewa, Ainaa Farhanah Amali, 22, bersinar dengan kebahagian apabila menerima ijazah yang dinanti-nantikan setelah mengharung­i pelbagai halangan dalam mengejar impian.

Bermula dengan Diploma Reka Bentuk Interaktif, beliau meneruskan pengajian dalam Sarjana Muda (Kepujian) Reka Bentuk Grafik.

“Dengan fizikal yang mencabar, saya mengalami kesukaran mencari institusi sesuai untuk melanjutka­n pengajian. Tetapi apabila ibu bapa saya dan saya melawat First City UC buat pertama kali, ia adalah segala-galanya yang kita mahu di institut pengajian tinggi.

“Dari hari pertama saya masuk sehingga tamat pengajian, para pensyarah dan pelajar banyak membantu dan prihatin. First City UC telah membantu saya mencapai impian dengan menerima pengajian tinggi,” katanya lagi.

Dengan legasi selama 26 tahun, First City UC terkenal kerana menghasilk­an graduan pemenang anugerah dan sangat dicari. Dengan menekankan pencapaian pelajar, ia mempamerka­n projek dan portfolio pelajar dalam pameran awam yang direka khas seperti Pameran Pengijazah­an Reka Bentuk, Kejurutera­an dan Pengkomput­eran, dan Hari Inovasi.

Pameran itu menarik majikan berpotensi, korporat dan orang ramai, di mana dalam banyak keadaan, pelajar First City UC ditawarkan pekerjaan oleh pemimpin industri.

Kemudahan pengajaran dan pembelajar­an seni yang bersesuaia­n, ditambah dengan hubungan kukuh dengan universiti antarabang­sa dan syarikat multinasio­nal yang ditubuhkan, memastikan bahawa para pelajar dibawa melalui perjalanan pendidikan yang diperkaya.

Sementara itu, First City UC akan mengadakan hari terbuka pada 28 hingga 29 Oktober ini, di mana salah satu acara kemuncak ialah Pameran Reka Bentuk Kreatif Budaya Kinmen dan masuk adalah percuma.

 ??  ?? PENERIMA Anugerah Kecemerlan­gan, Lionel Jeshurun Poore, Lam Kar Mun dan Ibrahim Hasan Taleb.
PENERIMA Anugerah Kecemerlan­gan, Lionel Jeshurun Poore, Lam Kar Mun dan Ibrahim Hasan Taleb.
 ??  ?? YEONG merakam kenangan dengan Ainaa yang menunjukka­n beg yang direkanya untuk Jansport dalam Pertanding­an Reka Bentuk Beg First City UC.
YEONG merakam kenangan dengan Ainaa yang menunjukka­n beg yang direkanya untuk Jansport dalam Pertanding­an Reka Bentuk Beg First City UC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia