Utusan Borneo (Sabah)

PKS Bumiputera perlu keluar dari kepompong perniagaan tradisiona­l

-

KUALA LUMPUR: Usahawan Bumiputera, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu bergerak ke depan dengan keluar dari kepompong perniagaan tradisiona­l yang hanya menjual produk yang sudah terlalu banyak di pasaran.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, usahawan Bumiputera ketika ini banyak tertumpu kepada perniagaan menjual tekstil atau barangan yang dibeli dengan harga murah dari negara serantau dan menjual semula ke pasaran tempatan.

“Kita harus keluar daripada perniagaan sedemikian dan beralih kepada perniagaan yang lebih canggih seperti produk tekstil bernilai tinggi,” katanya selepas menyampaik­an ucaptama pada Forum ‘Explorasea­n: Opportunit­ies and the Way Forward’ di sini, semalam.

Katanya, PKS Bumiputera juga harus memanfaatk­an platform e-dagang selain meneroka pasaran serantau untuk mengembang­kan perniagaan mereka.

Mustapa berkata, antara inisiatif kerajaan untuk mengembang­kan sektor e-dagang di negara ini adalah melalui pewujudan Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) yang bakal membuka peluang kepada 1,500 usahawan e-dagang mengembang­kan perniagaan mereka.

Katanya tujuan utama DFTZ ialah untuk menggalak PKS meneroka pasaran luar, termasuk pasaran China.

“Kita mahu daripada 1,500 syarikat e-dagang ini, ada syarikat Bumiputera yang mewakili setiap negeri,” katanya.

Menurutnya, PKS tempatan, termasuk PKS Bumiputera, perlu meneroka pasaran ASEAN memandangk­an ekonomi dunia yang semakin terbuka.

“Di Malaysia ada banyak peluang tetapi dalam konteks ekonomi dunia yang semakin pesat berkembang, kita harus lihat kapada pasaran luar juga, lebih-lebih lagi apabila syarikat asing masuk ke dalam negara kita,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Datuk Moehamad Izat Emir berkata, keengganan usahawan Bumiputera menggunaka­n khidmat perunding dalam menyediaka­n kertas kerja untuk mendapatka­n pembiayaan adalah antara penyebab permohonan mereka ditolak.

Menurutnya, ramai usahawan Bumiputera enggan menggunaka­n khidmat perunding berikutan persepsi bahawa perkhidmat­an berkenaan mengenakan caj yang tinggi.

Beliau berkata, persepsi sedemikian harus dikikis kerana khidmat perunding mampu meningkatk­an peluang usahawan Bumiputera memperoleh pembiayaan.

“Perunding pun adalah usahawan, jadi mereka akan melihat dahulu kemampuan pelanggan sebelum mengenakan caj perundinga­n,” tambahnya.

Forum sehari anjuran PERDASAMA itu bertujuan membantu usahawan, terutama Bumiputera mencari pasaran baharu selain mengekalka­n daya saing dalam bidang perusahaan, perdaganga­n, industri dan pembuatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia