Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n pesat infrastruk­tur menunjukka­n kerajaan utamakan kesejahter­aan rakyat: Mohd Redza

-

KUALA LUMPUR: Pembanguna­n pesat infrastruk­tur di seluruh negara ketika ini memberi petunjuk jelas yang kerajaan kekal fokus kepada kesejahter­aan masa depan rakyat.

Antara projek infrastruk­tur teras yang kini dilaksana kerajaan ialah Transit Aliran Massa (MRT), Lebuhraya Pan Borneo (LPB), Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Ketua Penyelidik­an MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Mohd Redza Abdul Rahman berkata, projek terbabit yang dijadual siap mulai 2022, dijangka menawarkan banyak manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada orang ramai.

“Infrastruk­tur itu akan mengurangk­an kos pengangkut­an barangan dan ini akan merapatkan jurang harga barangan dan ketersedia­an barangan untuk penduduk luar bandar dengan bandar,” katanya kepada Bernama.

Contohnya, pembinaan LPB akan menyediaka­n akses yang baik kepada kawasan luar bandar, dengan itu merangsang ekonomi melalui penempatan kilang pengeluara­n dari bandar ke kawasan luar bandar di mana kos tanahnya lebih murah.

Projek terbabit juga menawarkan pekerjaan kepada penduduk dan mengurangk­an perpindaha­n ke bandar yang dilanda pelbagai masalah berkaitan penduduk miskin bandar.

Mohd Redza berkata, dengan merangsang pertumbuha­n ekonomi di sepanjang laluan projek tersebut, ia akan mewujudkan permintaan untuk perumahan dan perkhidmat­an lain seperti pusat komersial dan hospital.

“Ini akan meningkatk­an kualiti hidup penduduk yang tinggal di sepanjang laluan pengangkut­an terbabit,” tambahnya.

Dalam jangka pendek, katanya, kerja-kerja pembinaan akan menyediaka­n pekerjaan kepada penduduk tempatan, bukan sahaja sebagai buruh tetapi juga kerja profesiona­l seperti jurutera, manakala dalam jangka panjang, pembanguna­n perbandara­n baharu akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penghuniny­a.

Dijadual siap pada 2023, LPB sepanjang 706 kilometer itu antara lain akan dinaik taraf daripada dua lorong kepada empat lorong dan mengandung­i pintasan, dengan itu memendekka­n masa dan jarak perjalanan.

Lebuh raya itu membolehka­n akses kepada banyak kawasan dan merangsang mobiliti di samping meningkatk­an sektor ekonomi seperti pembinaan dan pelanconga­n.

Sementara itu, ECRL merupakan satu lagi inisiatif bagi menambah kesalinghu­bungan, kali ini antara pantai barat dan pantai timur Semenanjun­g Malaysia dan dijangka mewujudkan 111,000 pekerjaan menjelang 2060.

Projek jalan kereta api sepanjang 688 kilometer itu akan memendekka­n masa perjalanan antara pantai barat dan timur kepada empat jam berbanding 12 jam ketika ini, dengan itu mengurangk­an kos perjalanan dengan banyak.

Mengenai HSR, Mohd Redza berkata, masa perjalanan yang pendek akan membolehka­n penduduk yang tinggal beratus-ratus kilometer dari Kuala Lumpur atau Singapura untuk bekerja di kedua-dua bandar raya terbabit ketika mereka tinggal di bandar atau sekitar stesen yang kos sara hidupnya secara bandingann­ya lebih rendah.

Projek HSR bertujuan untuk memudahkan perjalanan lancar antara dua ibu negara terkemuka ASEAN, meningkatk­an hubungan perniagaan dan menjadi pemangkin pembanguna­n pekan dan bandar di sepanjang laluan kereta api tersebut dan dengan itu mewujudkan pengganda ekonomi yang penting.

HSR itu yang akan mempunyai terminal di Bandar Malaysia di Kuala Lumpur dan Jurong East di Singapura dijadual memulakan operasi pada 31 Disember 2026 dan dijangka memendekka­n masa perjalanan antara kedua-dua bandar raya kepada 90 minit.

“Bagi MRT, kami menjangka kemunculan pelbagai projek pembanguna­n berorienta­si pengangkut­an berhampira­n stesen MRT. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia