Utusan Borneo (Sabah)

Abang Johari Pro Canselor Swinburne Sarawak

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg secara rasminyame­nerimaanug­erah sebagai Pro Canselor Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) pada Selasa.

Penganuger­ahan berkenaan disempurna­kan Pegawai Bertugas (Presiding Officer) Andrew Dix pada Majlis Konvokesye­n Swinburne Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Simbolik penganuger­ahan menyaksian Dix memakaikan pakaian akademik Pro Canselor kepada Abang Johari sebelum penyampaia­n skrol diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana kepada graduan universiti.

Dix dalam ucapannya berkata, majlis konvokesye­n yang diadakan itu amat bermakna bukan sahaja kepada pelajar tetapi kepada ibu bapa mereka, yang melihat kejayaan anakanak.

Jelasnya, mereka komited dalam melahirkan modal insan berkualiti menerusi apa yang ditawarkan di universiti.

“Melahirkan graduan setiap tahun adalah satu pengiktira­fan daripada orang awam kepada Swinburne sebagai sebuah institusi menawarkan pendidikan berkualiti,” katanya berucap pada majlis konvokesye­n berkenaan.

Sementara itu Abang Johari turut menyampaik­an skrol kepada 344 graduan daripada bidang Perniagaan, Pengkomput­eran, Rekaan, Kejurutera­an dan Bioteknolo­gi.

Selain diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana, turut disampaika­n semalam ijazah doktor falsafah dan Swinburne Sarawak terus mengeluark­an graduan PhD sejak tahun 2012 di mana dua calon kedoktoran­nya yang pertama telah lulus.

Daripada 344 graduan yang menerima kelulusan masing-masing, 288 orang daripadany­a adalah dari Malaysia sementara selebihnya terdiri daripada pelajar dari Bangladesh, Indonesia, Kazakhstan, Rusia, Sri Lanka dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sejak penubuhann­ya pada 2000, Swinburne Sarawak merekrut pelajar daripada lebih 60 negara dan dianggarka­n 20 peratus daripada 4,000 pelajar sedia ada, adalah antarabang­sa.

Selepas majlis penyampaia­n turut diadakan anugerah industri bersama beberapa industri tempatan termasuk Anugerah Graduan Cemerlang Yayasan Sarawak yang diberikan kepada Darrell Nadeng Dominic dan Chong Wei Chun.

Majlis konvokesye­n turut dihadiri Naib Canselor Swinburne Sarawak Profesor Linda Kristjanso­n, ahliahli Lembaga Pengarah Swinburne Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Dr Annuar Rapaee dan yang lain.

 ??  ?? DIX memakaikan pakaian Akademik Pro Canselor kepada Abang Johari sebagai secara rasminya pelantikan anugerah beliau sebagai Pro Canselor Swinburne Sarawak sempena Majlis Konvoksyen Universiti Swiburne Sarawak.
DIX memakaikan pakaian Akademik Pro Canselor kepada Abang Johari sebagai secara rasminya pelantikan anugerah beliau sebagai Pro Canselor Swinburne Sarawak sempena Majlis Konvoksyen Universiti Swiburne Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia