Utusan Borneo (Sabah)

Tidak mahu politik bertengkar wujud di S’wak

KM guna politik sebagai platform sedia perkhidmat­an kepada rakyat, jadikan S’wak negeri berwawasan, bersatu

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menegaskan bahawa beliau akan menggunaka­n politik sebagai platform untuk menggerakk­an dan menyediaka­n perkhidmat­an yang diperlukan rakyat, selain meletakkan Sarawak sebagai negeri yang berwawasan dan bersatu.

Tambahnya, sebagai pengerusi Barisan Negeri (BN) Sarawak, beliau tidak mahu politik bertengkar wujud di negeri ini kerana ia akan memecahbel­ahkan masyarakat dan menjejaska­n pembanguna­n negeri.

“Pasukansay­aakansenti­asa menggunaka­n politik sebagai satu cara untuk kita bergerak maju dan bukan untuk bertengkar kerana kalau politik digunakan untuk bertengkar, tiada siapa yang akan mendapat manfaat.

“Kita tidak mahu mengikut budaya pihak lain, mereka bergaduh di Facebook… itu membuang masa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Cina Kuching (KCGCCI) Ke-67 dan Majlis Penubuhan Seksyen Belia Ketiga di sebuah hotel di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Abang Johari menyatakan bahawa beliauakan­terusfokus­dengan dasarnya meningkatk­an ekonomi negeri dan pada masa sama mengembang­kan peluang perniagaan dalam sektor swasta.

“Pasukan saya akan sentiasa menggunaka­n politik sebagai satu cara untuk kita bergerak maju dan bukan untuk bertengkar kerana kalau politik digunakan untuk bertengkar, tiada siapa yang akan ” mendapat manfaat. DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

“Sebab itu, saya muncul dengan visi baharu yang menumpukan kepada mengubah ekonomi negeri menjadi ekonomi digital di mana ini sangat penting kerana ia menangani semua bidang perniagaan termasuk perkhidmat­an, pembuatan dan sebagainya,” katanya.

Beliau menambah, menerusi ekonomi digital juga akan melahirkan banyak perusahaan kecil dan sederhana di negeri ini kerana ia berdasarka­n kreativiti.

“Saya yakin generasi muda Sarawak boleh mencipta dan menghasilk­an sesuatu yang baharu melalui ekonomi digital dan seterusnya mewujudkan PKS yang akan menjadi tulang belakang pembanguna­n ekonomi kita,” katanya.

Sementara itu sempena majlis berkenaan, Abang Johari turut menyaksika­n upacara ikrar jawatankua­sa baharu KCGCCI yang dipimpin oleh presidenny­a yang baharu dipilih Tan Jit Kee.

Turut hadir isteri Abang Johari, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Perindustr­ian dan Pelaburan Malcolm Mussen Lamoh dan bekas Presiden KCGCCI Datuk Wee Kok Tiong.

 ??  ?? ABANG Johari (kiri) bersama Wee (dua kiri) menyaksika­n upacara ikrar jawatankua­sa baharu KCGCCI yang dipimpin presidenny­a, Tan.
ABANG Johari (kiri) bersama Wee (dua kiri) menyaksika­n upacara ikrar jawatankua­sa baharu KCGCCI yang dipimpin presidenny­a, Tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia