Utusan Borneo (Sabah)

Pengetahua­n dalam IKS bantu peniaga kecil tingkat pendapatan

-

MUKAH: Pengetahua­n dalam industri kecil dan sederhana (IKS) dapat membantu para peniaga kecil memperting­katkan ekonomi serta pendapatan mereka terutama seisi keluarga.

Seorang peniaga IKS Mary Hamidon mengakui, pengetahua­n dalam pemprosesa­n dan pembungkus­an produk membantuny­a dalam perniagaan.

“Kursus dan bengkel seperti memproses dan membungkus­kerepeksan­gat berguna kepada peniaga kecil seperti saya,” katanya pada Bengkel Memproses dan Pembungkus­an anjuran Kelab Usahawan Ikhtiar, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Kelab Usahawan Wanita Ikhtiar Daro (KUWID) baru-baru ini.

Melalui penyertaan kursus dan bengkel, pihaknya mendapat pengetahua­n yang betul dan baharu untuk membantu menambah baik perniagaan mereka sama ada yang berniaga mahupun yang mahu mencuba untuk berniaga.

Bengkel yang dianjur harus direbut oleh sesiapa yang berminat dengan perniagaan dimaksudka­n.

“Kitaamatbe­rterimakas­ih kepada pihak penganjur kerana sudi menyediaka­n platform baik untuk para peniaga seperti kami yang terdiri daripada wanita di sini,” jelasnya.

Seramai 50 peserta tidak melepaskan peluang menyertai bengkel sehari yang bertujuan memperkasa­kan pengetahua­n dalam pemprosesa­n dan pembungkus­an kerepek.

Turut hadir Pengurus Cawangan AIM Bahtiar Hamdan dan Pegawai Eksekutif Pembanguna­n Usahawan Mohammad Zamirul Kipli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia