Utusan Borneo (Sabah)

Ubah stigma, bantu individu bermasalah mental: Fatimah

-

MIRI: Masyarakat perlu mengubah stigma terhadap individu yang mempunyai masalah kesihatan mental keranaiati­dakakanmem­bantu sebaliknya membuatkan mereka sukar mendapat rawatan betul.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, masyarakat terlalu cepat menghukum degan menyatakan pesakit ‘gila’ sedangkan mereka memerlukan pemantauan pakar psikiatri.

“Masyarakat sering salah faham berkaitan isu kesihatan mental dengan menganggap mereka (pesakit) gila. Stigma ini menyebabka­n mereka segan mendapatka­n bantuan yang diperlukan.

“Bagi kumpulan tertentu yang sudah sengsara, stigma ini akan menambahka­n beban yang mereka tanggung,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri Sarawak di Stadium Tertutup Miri, pada Selasa.

Beliau berkata statistik menunjukka­n seorang daripada setiap tiga dewasa di negara ini menghadapi isu kesihatan mental, sama ada dalam sedar atau sebaliknya.

Fatimah menambah, penyakit mental dijangka menjadi penyakit kedua tertinggi yang dihidapi rakyat Malaysia selepas penyakit jantung pada 2020.

“Masyarakat tidak begitu memahami perbezaan antara penyakit mental dan masalah kesihatan mental, sedangkan kedua-duanya mempunyai pendekatan perubatan berlainan. Justeru kita tidak harus sewenangwe­nangnya menganggap seseorang pesakit itu gila,” kata Fatimah.

Beliau menyeru seluruh lapisan masyarakat agar tidak memberi stigma negatif terhadap mereka sebaliknya tampil memberi bantuan dan sokonganun­tukmendapa­tkan rawatan.

Fatimah menambah, kefahaman masyarakat umum terhadap kemurungan akan mengurangk­an stigma yang dikaitkan dengan penyakit mentalterm­asukkemuru­ngan di mana stigma ini masih menjadi halangan untuk golongan yang bermasalah tampil meluahkan perasaan atau bercakap.

“Mereka yang mengalami masalah kesihatan mental belum berada di tahap kritikal dan sesi perundinga­n mampu membantu meringanka­n masalah mereka,” katanya.

Berdasarka­n Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, beliau berkata statistik menunjukka­n 29.2 peratus golongan dewasa di negara ini mempunyai masalah kesihatan mental dan peratusann­ya mungkin meningkat tahun ini.

Beliau menegaskan bahawa masalah kesihatan mental boleh dikesan dari peringkat awal melalui tanda-tanda seperti kemurungan berlanjuta­n, hilang minat dalam meneruskan kerja harian selain jadual pemakanan dan tidur turut terjejas.

Menurut Fatimah, individu yang mengalami gangguan mental perlu tampil berjumpa pakar psikiatri untuk mendapatka­n rawatan bagi mengelak masalah ini berlarutan.

Selainituj­elasnya,sokongan moral keluarga dan rakan turut memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini.

Sementara itu Fatimah berharap penganjura­n Hari Kesihatan Sedunia dapat meningkatk­an kesedaran masyarakat umum tentang kepentinga­n penjagaan kesihatan mental dan pencegahan penyakit mental kronik.

Sementara itu hampir 1,000 peserta termasuk orang awam dan pelajar sekolah menghadiri sambutan Hari Kesihatan Sedunia bertemakan ‘Kemurungan, Mari Bincang’ anjuran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat).

Ia diadakan serentak dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun.

Hadir sama Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong dan Pegawai Kesihatan Miri Dr Veronica Lugah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia