Utusan Borneo (Sabah)

Guna wang pampasan banjir secara telus: Gerawat

-

MARUDI:TimbalanSp­eaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Gerawat Gala mengingatk­an semua penerima wang ihsan banjir bahawa bayaran diterima bukan pampasan untuk ganti rugi harta benda yang musnah akibat banjir.

Sebaliknya, menurut beliau, ia adalah ihsan kerajaan untuk membantu meringanka­n bebanan penduduk, mangsa banjir baru-baru ini.

Justeru, beliau turut mengingatk­an penduduk supaya menggunaka­n wang tersebut dengan baik dan mengikut keperluan mereka sebenarnya.

“Penerima juga harus berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan diberi. Walaupun bayaran tidak mencukupi untuk membayar ganti rugi harta benda yang musnah akibat bencana banjir, namun kerajaan berusaha memberi wang ihsan ini,” katanya.

Gerawat yang juga Adun Mulu berkata, bencana alam yang berlaku adalah perkara yang berada di luar jangkaan dan kawalan mereka, justeru tiada siapa yang boleh dipersalah­kan.

Namun katanya, kerajaan sentiasa mengambil berat bencana alam yang berlaku, terutama seperti banjir dan meneruskan usaha mencari langkah membantu mangsa banjir.

Wang ihsan adalah salah satu yang disumbangk­an kerajaan kepada mereka yang dilanda banjir.

Gerawat menyatakan demikian dalam ucapannya pada Majlis Penyerahan Wang Ihsan kepada 117 mangsa banjir dari kawasan DUN Mulu.

Teks ucapan beliau dibaca Setiausaha Politik Ketua Menteri Charles Balan Seling pada majlis yang diadakan di Dewan Suarah Baram di sini.

Tambahnya, ketua masyarakat dan ketua kaum harus menyiasat terlebih dahulu berhubung harta benda musnah seterusnya membuat laporan kepada Pejabat Daerah bagi memudahkan proses bayaran kepada mangsa tersebut.

“Beri kerjasama kepada kerajaan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam usaha membantu mangsa dan mengawal keselamata­n serta keadaan di kampung yang dilanda banjir,” katanya.

Gerawatjug­amengucapk­an terima kasih kepada Jawatankua­sa Bencana Alam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan agensi kerajaan yang lain seperti PDRM.

Mereka yang menerima wang ihsan tersebut adalah penduduk dari 11 rumah panjang.

Hadir sama menyaksika­n penyerahan bantuan tersebut ialah Pegawai Tadbir Reagan Edwin, Ketua Cawangan Pengurusan Khidmat APM Sharifah Juliana Wan Abdullah dan Pemanca Gilbert Ding Laing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia