Utusan Borneo (Sabah)

Untuk luar bandar

Lebih 20 stesen minyak mini Smart dibangun di kawasan tiada stesen Petronas, Shell

-

KUCHING: Penduduk di kawasan luar bandar negeri ini yang tiada kemudahan stesen minyak Petronas atau Shell, bakal menikmati bahan petroleum pada harga, kuantiti dan kualiti yang sama seperti dinikmati masyarakat di bandar.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia hasil inisiatif membangunk­an lebih 20 stesen minyak mini Smart di kawasan yang dikenal pasti memerlukan bekalan itu.

“Matlamat ini adalah untuk membantu masyarakat di luar bandar agar menikmati bekalan bahan petroleum pada harga, kuantiti dan kualiti yang sama dengan di bandar,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Perundinga­n Koperasi Negeri Sarawak di sebuah hotel di sini, pada Selasa.

Hadir sama Pengarah Suruhanjay­a Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak Osman Ismail, Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Cawangan Sarawak Datuk Stanley Tan dan Panel Smart Sarawak Datuk Syamsul Azam Mohamad.

Menjelas lanjut, Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan berkata pembinaan stesen minyak Smart akan dikendalik­an Smart Resources Sdn Bhd (Smart), sebuah syarikat Bumiputera yang terlibat aktif dalam pembekalan dan pemasaran bahan petroleum di Malaysia.

Menurut beliau, ketika ini dua stesen yang dicadangka­n sudah dalam pembinaan iaitu di Tanjung Manis dan Stapang manakala lapan lagi stesen masih dalam proses permohonan dan selebihnya dalam proses kenal pasti tapak.

Tambah beliau, selain Tanjung Manis dan Stapang, kawasankaw­asan lain yang dikenal pasti ialah Julau, Meradong, Belawai, Pusa, Nyabor, Jalan Sungai Maaw, Dalat, Matu, Kampung Oya, Daro, Sadong Jaya, FGV Samarahan (Asajaya), Kampung Bunan (Serian), Sungai Asap, Simpang Sundar, Sundar, Beladin dan Song.

Sementara itu, Syamsul berkata stesen minyak mini Smart di Tanjung Manis dan Stapang dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

Katanya apabila beroperasi, stesen minyak itu akan membekalka­n petrol RON95 dan diesel kepada penduduk di sekitarnya.

“Selepas dua stesen ini siap, pembinaan stesen seterusnya akan dilaksanak­andiPusada­nkemudian ke kawasan-kawasan lain yang dikenal pasti,” katanya.

Sementara itu, Awang Tengah berkata mesyuarat turut membincang­kan mengenai program penanaman nanas, yang merupakan satu bidang berpotensi tinggi dan selari dengan dasar kerajaan negeri untuk meningkatk­an lagi industri nanas.

Justeru, katanya dalam program tersebut, Koperasi Beladin akan bekerjasam­a dengan Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor untuk membangunk­an ladang nanas seluas 1,500 ekar di Beladin.

“Menerusi kolaborasi ini, kita yakin mereka akan dapat memperluas­kan pemasaran nanas di negara ini dan menyumbang kepada pendapatan ahli koperasi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata turut dibincangk­an adalah kerjasama koperasi Ko-Perkasa dengan pihak swasta dalam bidang pembanguna­n hartanah iaitu menjalanka­n taman perniagaan di Semariang.

“Ini menunjukka­n koperasi kita tidak hanya bergantung kepada agensi kerajaan sahaja tetapi dapat memperluas­kan aktiviti serta kerjasama dengan swasta,” katanya.

“Matlamat ini adalah untuk membantu masyarakat di luar bandar agar menikmati bekalan bahan petroleum pada harga, kuantiti dan kualiti yang sama dengan di ” bandar. DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASAN Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? AWANG Tengah menyampaik­an plak sebagai tanda penghargaa­n kepada wakil agensi yang terlibat dalam Mesyuarat Perundinga­n Koperasi Negeri Sarawak di sebuah hotel di Kuching.
AWANG Tengah menyampaik­an plak sebagai tanda penghargaa­n kepada wakil agensi yang terlibat dalam Mesyuarat Perundinga­n Koperasi Negeri Sarawak di sebuah hotel di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia