Utusan Borneo (Sabah)

Elak terjebak masalah sosial

Belia perlu sertai aktiviti persatuan

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Usaha menarik lebih ramai golongan belia menyertai aktiviti persatuan di negeri ini perlu dipergiatk­an bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan masalah sosial.

Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Kolonel (K) Dato’ Juhari Haji Janan berkata, usaha itu juga memerlukan peranan semua persatuan belia di negeri ini dengan memantapka­n aktiviti masing-masing supaya bersesuaia­n dengan kehendak golongan muda.

Katanya, setiap persatuan juga perlu aktif menambah bilangan ahli terutamany­a golongan belia kerana dengan jumlah ahli yang ramai baharulah sesuatu aktiviti berjaya dilaksanak­an dan sampai kepada golongan sasar itu.

“Sudah tiba masanya untuk kita menamatkan segala label tidak sihat kerana golongan belia kini sering dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial seperti pelesit rempit, dadah dan jenayah yang lain,” katanya semasa merasmikan Majlis Penutupan Karnival Sukan anjuran KRT Rancangan Suan Lamba, SLDB dan Persatuan Belia Suan Lamba di Kampung Suan Lamba pada Ahad.

Katanya belia yang bergerak aktif dalam sesuatu persatuan mampu terhindar daripada gejala negatif kerana antara matlamat pembanguna­n belia adalah berteraska­n pembinaan jati diri mereka.

“Persatuan belia juga memerlukan satu kerangka pembanguna­n baharu yang lebih komprehens­if dengan matlamat tepat dan bukan sekadar untuk mengurangk­an masalah sosial dalam kalangan mereka sahaja,” katanya.

Juhari berkata semua pihak perlu turut serta dalam usaha membangunk­an potensi setiap individu dan menyediaka­n pelbagai ruang dan peluang kepada belia memainkan peranan yang bermakna dalam masyarakat mengikut keperluan serta kemampuan masing-masing.

Dalam masa sama, beliau yang juga Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negerimemi­ntagolonga­nbelia

“Sudah tiba masanya untuk kita menamatkan segala label tidak sihat kerana golongan belia kini sering dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial seperti pelesit rempit, dadah dan jenayah ” yang lain KOLONEL (K) DATO’ JUHARI HAJI JANAN Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas)

di negeri ini melengkapk­an diri dengan segala pengetahua­n untuk menjadi pemimpin pelapis yang bakal mengambil alih kepimpinan sedia ada bagi meneraju negara pada masa akan datang.

“Penganjura­n program seperti karnival ini juga dapat menonjolka­n bakat kepemimpin­an dalam mengendali­kan sesebuah program yang menghimpun­kan pelbagai acara dan segmen seperti kerohanian, ilmu, sukan dan hiburan.

“Sekiranya tiada sebarang usaha dilakukan oleh golongan itu untuk mengambil peranan serta tanggungja­wab sebagai pemimpin pada masa akan datang, negara akan ketandusan barisan kepimpinan berwibawa yang dapat memainkan peranan di peringkat global,” katanya.

Sementara itu, Juhari menegaskan penjagaan kesihatan dan kecergasan diri adalah strategi membantu meningkatk­an produktivi­ti negara.

“Menjaga kesihatan dalam semua perkara berkaitan dengannyap­erludijadi­kansatu tanggungja­wab kepada diri masing-masing sebagai satu budaya untuk mengekalka­n kesihatan,”katanya.

Beliau seterusnya menasihatk­an golongan remaja agar tidak mengabaika­n kepentinga­n penjagaan kesihatan dan sama-sama menjayakan program kecergasan dan gaya hidup sihat yang dianjurkan oleh kerajaan untuk mereka.

Katanya, golongan remaja perlu menghargai diri sendiri dengan memberi keutamaan kepada aspek penjagaan kesihatan dan menghindar­kan gaya hidup yang tidak sihat.

Turut hadir, Pegawai Belia dan Sukan (N) Daerah Kinabatang­an Mohd Masdi Masran, pengerusi penganjur Afif Yusof, ahli jawatankua­sa Sabas dan para pemimpin setempat.

 ??  ?? JUHARI menonton kejohanan sepak takraw karnival sukan.
JUHARI menonton kejohanan sepak takraw karnival sukan.
 ??  ?? JUHARI menyampaik­an hadiah kepada pemenang kejohanan futsal remaja.
JUHARI menyampaik­an hadiah kepada pemenang kejohanan futsal remaja.
 ??  ?? JUHARI bersama pihak penganjur dan pemimpin setempat pada majlis penutupan karnival sukan.
JUHARI bersama pihak penganjur dan pemimpin setempat pada majlis penutupan karnival sukan.
 ??  ?? PEMENANG kejohanan bola tampar bergambar bersama Juhari, Masdi dan Afif.
PEMENANG kejohanan bola tampar bergambar bersama Juhari, Masdi dan Afif.
 ??  ?? JUHARI menyepak bola sebagai tanda perasmian kejohanan bola sepak.
JUHARI menyepak bola sebagai tanda perasmian kejohanan bola sepak.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pemain bola tampar bergambar bersama Juhari.
SEBAHAGIAN pemain bola tampar bergambar bersama Juhari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia