Utusan Borneo (Sabah)

AIM tarik keluar masyarakat luar bandar dari kemiskinan

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Penaung Kelab Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Daerah Tambunan Datuk Jake Jikulin Nointin berkata, AIM berdiri sebagai satu badan amanah yang menjalanka­n usaha menarik keluar masyarakat luar bandar daripada masalah kemiskinan.

Katanya, ia bersesuaia­n dengan objektif AIM untuk membantu golongan yang kurang berkemampu­an serta secaralang­sungmengur­angkan kadar kemiskinan di Malaysia melalui pengeluara­n pembiayaan ikhtiar untuk sebarang kegiatan menambahka­n pendapatan sampingan ahlinya.

“Ahli pertubuhan ini mempunyai keinginan tinggi dan kesungguha­n untuk meningkatk­an jati diri ke arah kehidupan yang lebih baik melalui perniagaan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Usahawan Sahabat AIM anjuran Kelab Usahawan AIM Tambunan di dewan masyarakat di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, tema ‘Bersama Membina’ bertujuan mengangkat nama AIM daerah ini ke persada yang lebih tinggi.

AIM bukan sekadar satu organisasi tetapi lebih penting daripada itu ialah dapat memainkan peranan sebagai sebuah agensi kejurutera­an sosio-ekonomi yang memegang amanah utama dalam agenda pemerkasaa­n bumiputera khususnya di daerah ini.

“Bertepatan dengan strategi ini, kita sememangny­a memberi penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai usahawan luar bandar di negeri ini.

“Inikerana,usahawanad­alah kluster terpenting dalam pengukuhan sosio ekonomi bumiputera melalui peluang pekerjaan serta penciptaan kekayaan yang seterusnya menyokong taraf kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Jake yang juga mantan ketua Pemuda PBS Pusat berkata, AIM adalah salah satu program ‘touch point’ yang mendekatka­n kerajaan dengan rakyat khususnya dalam menarik keluar rakyat daripada kemiskinan.

Menurut beliau, AIM mempunyai peranan yang begitu besar dalam membasmi kemiskinan­danberhara­pusaha murni itu dapat diteruskan dan dikembangk­an lagi agar AIM terus menjadi pemangkin dalam misi membasmi kemiskinan.

Ia antara yang telah dan sedang diusahakan oleh AIM daerah ini dengan fokus melaksanak­an pelbagai strategi bagi menyokong hasrat berkenaan.

“Saya berharap dengan usaha yang kita laksanakan ini akan dapat melahirkan dan memastikan usahawan bumiputera mengatur langkah strategik dalam merentasi ekonomi yang akan datang.

“Saya percaya setiap ahli AIM yang menyertai pertubuhan ini mempunyai keinginan dan kesungguha­n untukmajud­anmeningka­tkan jati diri ke arah kehidupan yang lebih baik melalui perniagaan,” katanya.

Beliau turut teruja kerana objektif penganjura­n program sedemikian membawa impak besar kepada pengurusan dan ahli AIM.

Menurut beliau, melalui program itu juga dapat mengeratka­n ikatan silaturahi­m dalam kalangan sahabat, ahli keluarga serta kakitangan AIM.

Jake berkata majlis itu adalah hasil kerjasama semua yangterlib­atdimanase­mangat kerjasama dan perpaduan adalah kunci kepada kejayaan program itu.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Jake, Datin Doreen Olim dan Pengerusi Kelab Usahawan AIM Tambunan Helen Thomas Ambau.

 ??  ?? JAKE (tengah) bersama Doreen, Helen dan AJK kelab memotong kek sempena majlis
itu.
JAKE (tengah) bersama Doreen, Helen dan AJK kelab memotong kek sempena majlis itu.
 ??  ?? JAKE menyampaik­an sumbangan kepada Helen untuk kegunaan kelab itu.
JAKE menyampaik­an sumbangan kepada Helen untuk kegunaan kelab itu.
 ??  ?? HELEN menyampaik­an cendera kenangan kepada Jake. Turut kelihatan Doreen (tengah).
HELEN menyampaik­an cendera kenangan kepada Jake. Turut kelihatan Doreen (tengah).
 ??  ?? JAKE melihat keluaran produk makanan tempatan oleh ahli kelab itu.
JAKE melihat keluaran produk makanan tempatan oleh ahli kelab itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia