Utusan Borneo (Sabah)

150 pencalonan 2017

Debaran Anugerah Sukan Sabah makin terasa

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Warga sukan seluruh negeri Sabah sudah pasti berdebarde­bar menantikan keputusan Anugerah Sukan Sabah 2015-2016 yang akan diumumkan di Grand Ballroom, Pacific Sutera dekat sini pada 31 Oktober.

Majlis anugerah gilanggemi­lang bermula 7.00 malam itu akan disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar bin Datuk Mahiruddin bersama Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M Jasni.

Setiausaha Tetap, Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Datuk Haji Ag Damit Ag Anak semasa sidang media di Bilik Mesyuarat, KBSS di Wisma Muis, Sembulan pada Rabu berkata, 15 anugerah akan dikalungka­n kepada para penerima di malam bersejarah itu.

Anugerah-anugerah yang dimaksudka­n itu ialah Tokoh Sukan, Olahragawa­n, Olahragawa­ti Olahragawa­n Harapan, Olahragawa­ti Harapan, Pasukan Lelaki Terbaik, Pasukan Wanita Terbaik, Persatuan Sukan Terbaik, Jurulatih Terbaik, Kepimpinan Sukan, Anugerah Khas, Wartawan Terbaik, Kelab Sukan Terbaik, Olahragawa­n OKU dan Olahragawa­ti OKU.

“Tahun ini, majlis anugerah ini diadakan bersempena Sambutan Perayaan Hari Jadi Rasmi yang ke-64, Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah.

“Objektif penganjura­n program ini adalah sebagai pengiktira­fan tertinggi kerajaan negeri Sabah kepada atlet, jurulatih dan para pegawai sukan di negeri ini,” jelas Ag. Damit.

Tahun ini, pihak Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) menerima 150 pencalonan termasuk calon untuk Anugerah Olahragawa­n yang menerima pencalonan tertinggi dengan jumlah lapan calon.

Anugerah Olahragawa­ti menerima tujuh pencalonan, Anugerah Olahragawa­n Harapan menerima lima pencalonan dan Anugerah Olahragawa­ti Harapan menerima empat pencalonan.

Hadir sama di sidang media ialah Timbalan Setiausaha Tetap KBSS Haji Mat Jaidin Mohd Yassin dan pengarah MSNS Terrance Pudin.

“Objektif penganjura­n program ini adalah sebagai pengiktira­fan tertinggi kerajaan negeri Sabah kepada atlet, jurulatih dan para pegawai ” sukan di negeri ini. DATUK HAJI AG DAMIT AG ANAK Setiausaha Tetap, Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS)

 ??  ?? AG Damit (tengah) bersama Mat Jaidin (tiga kanan) dan Terrence (tiga kiri) semasa sidang media Anugerah Sukan Sabah 2015-2016 di Bilik Mesyuarat, KBSS di Wisma Muis, Sembulan pada Rabu.
AG Damit (tengah) bersama Mat Jaidin (tiga kanan) dan Terrence (tiga kiri) semasa sidang media Anugerah Sukan Sabah 2015-2016 di Bilik Mesyuarat, KBSS di Wisma Muis, Sembulan pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia