Utusan Borneo (Sabah)

1.3 juta hadapi masalah penglihata­n

43,000 buta sepenuhnya akibat katarak

-

SERAMAI 1.3 juta rakyat negara ini yang berusia 50 tahun ke atas mengalami masalah penglihata­n termasuk 43,000 daripadany­a buta sepenuhnya akibat katarak pada tahun lalu.

Perangkaan itu dinyatakan oleh Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Oftalmolog­i Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah merangkap Ketua Perkhidmat­an Oftalmolog­i Negeri Sabah Dr Shuaibah Abd Ghani.

Beliau berkata statistik itu adalah berdasarka­n data yang diperoleh daripada Banci Mata Kebangsaan II (NES II) yang dilaksanak­an dalam tempoh Oktober hingga November tahun lalu.

Daripada statistik itu katanya, golongan pada usia berkenaan merupakan kumpulan utama mengalami masalah penglihata­n akibat katarak yang mana tahap keseriusan berbeza-beza mengikut individu.

“Namun, daripada jumlah keseluruha­n anggaran itu, kita jangkakan lebih sejuta rakyat Malaysia yang berumur 50 tahun ke atas mengalami masalah katarak pada peringkat awal manakala 43,000 orang lagi buta apabila penglihata­n mereka diukur berada pada tahap 6/60 ke bawah.

“Bagaimanap­un, golongan yang mengalami penyakit ini pada peringkat awal boleh menjadi lebih serius dalam tempoh lima hingga 10 tahun sekiranya tidak mendapat rawatan lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian

sempena ‘World Sight Day’ bertemakan

‘Make Vision Count’,

ketika Cataract Finder

Team Hospital Kota Belud membuat program pemeriksaa­n mata di Kampung Sayap, Kota Belud pada Sabtu.

Dr Shuaibah berkata, seramai 96 penduduk di Kampung Sayap telah membuat pemeriksaa­n mata pada program itu dan didapati 22 orang ‘cataract’,

61 orang ‘referrer’ dan 13 orang ‘pterygium’.

Katanya 22 orang yang mengalami katarak akan dirujuk di Klinik Mata Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut pada 17 November depan.

Difahamkan, Kementeria­n Kesihatan akan melaksanak­an pendekatan yang lebih proaktif dalam meningkatk­an tahap kesihatan mata rakyat dengan mengukuhka­n serta memperluas­kan lagi program khas untuk rawatan katarak seperti Klinik Katarak 1Malaysia (KK1M) Statik, KK1M Mobil dan KK1M Transit dari semasa ke semasa khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman di seluruh negara.

Dalam pada itu, Dr Shuaibah berkata pihak berkenaan akan memberi tumpuan kepada strategi untuk melahirkan lebih ramai tenaga pakar serta terlatih dalam bidang oftamologi selaras dengan usaha meningkatk­an perkhidmat­an kesihatan mata untuk rakyat.

“Difahamkan juga, setakat ini terdapat 230 pakar mata sedang bertugas di bawah naungan Kementeria­n Kesihatan termasukla­h di negeri ini,” katanya.

Menurut Penyelaras Cataract Finder Team

Hospital Kota Belud yang juga Penolong Pegawai Perubatan Samuel Joseph, badan itu telah membuat satu program khas untuk membantu mencari kes katarak di kampungkam­pung dalam daerah ini yang jauh dari hospital, secara berperingk­atperingka­t.

Katanya, sokongan Pengarah Hospital Kota Belud Dr Eddy Tong Kwan Meng dengan kerjasama

Pasukan Cataract Finder

Hospital Kota Belud yang terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan Primus Gandana, Jururawat Masyarakat Rabani Bain, Jururawat Masyarakat Lainah Pongimpit, Jururawat Terlatih Anisah Mali dan Jururawat Terlatih Milhayanie Namih, telah berjaya menyusun jadual untuk masuk kampung setiap Sabtu sahaja supaya tidak mengganggu perkhidmat­an di Klinik Mata Hospital Kota Belud.

“Manakala kes katarak yang dikesan pula akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth melalui Program Klinik Katarak 1 Malaysia/ KK1M,” jelasnya.

Turut sama menjayakan program itu ialah Pakar Oftalmolog­i Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah Dr Nurul Laila Salim, Pegawai Perubatan Mata HQE 1 Dr Noor Madihah Engah, Pegawai Optometri Valentinus George, Pegawai Optometri Siti Nurdiana Yusop, Jururawat Terlatih Lucyda Sakai, Penolong Pegawai Perubatan Kenny Oken dan Pengerusi JKKK Sayap Kisoh Gambiar.

 ??  ?? CATARACT Finder Team singgah bersantai sambil menjamu selera di Kampung Telungan.
CATARACT Finder Team singgah bersantai sambil menjamu selera di Kampung Telungan.
 ??  ?? SHUAIBAH (dua kiri), Samuel (duduk, kanan), Kisoh (duduk, dua kanan) dan yang lain bergambar kenangan pada program itu. SHUAIBAH (kanan) memeriksa penglihata­n Kisoh.
SHUAIBAH (dua kiri), Samuel (duduk, kanan), Kisoh (duduk, dua kanan) dan yang lain bergambar kenangan pada program itu. SHUAIBAH (kanan) memeriksa penglihata­n Kisoh.
 ??  ?? LUCYDA (kiri) dan yang lain memeriksa penglihata­n jarak jauh penduduk terlibat dalam program itu.
LUCYDA (kiri) dan yang lain memeriksa penglihata­n jarak jauh penduduk terlibat dalam program itu.
 ??  ?? SITI Nurdiana (kanan) memberikan cermin mata untuk membaca percuma kepada salah seorang warga emas.
SITI Nurdiana (kanan) memberikan cermin mata untuk membaca percuma kepada salah seorang warga emas.
 ??  ?? KAKITANGAN paramedik ketika memeriksa kadar penglihata­n penduduk pada program itu.
KAKITANGAN paramedik ketika memeriksa kadar penglihata­n penduduk pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia