Utusan Borneo (Sabah)

‘Ninja’ pencuri dicekup

-

TOKYO: Polis Jepun akhirnya mencekup seorang ‘ninja’ pencuri lincah berpakaian serba hitam yang memanjat tembok untuk melakukan puluhan rompakan dalam ‘karier’ selama lapan tahun, sebelum terkejut apabila mereka mendapati pencuri itu berusia 74 tahun.

Polis di kota Osaka, barat Jepun, bingung mengenai siri rompakan, di mana rakaman kamera keselamata­n satusatuny­a petunjuk mereka yang menunjukka­n seorang pencuri tangkas dengan pemanas leher hitam yang ditarik hingga ke hidung dan penutup kepala ‘parker’ hingga ke kening.

“Dia berpakaian serba hitam sama seperti ninja,” kata seorang pegawai kanan di balai polis Kawachi.

Namun pencuri pakar itu membuat kesilapan Mei lalu, pemanas lehernya terbuka dan identitiny­a didedahkan kamera.

Polis mengenali suspek sebagai Mitsuaki Tanigawa, 74, yang mempunyai rekod mencuri.

Mereka kemudian mula mengawasi penjenayah warga emas itu dan cuba memerangka­pnya.

“Penyiasat melihat dia berjalan keluar perlahanla­han dari rumahnya seperti mana-mana lelaki tua lain pada waktu siang.

“Dia kemudian pergi ke pangsapuri terbiar di mana dia menukar pakaian dan menunggu malam,” kata pegawai itu.

“Apabila keluar dalam keadaan gelap, dia berpakaian serba hitam.

“Dia tidak menggunaka­n jalan biasa, sebaliknya menyelit dalam ruang kecil antara rumah dan berlari di atas tembok,” ujarnya.

Oleh kerana penyiasat tidak dapat mengejar pencuri tangkas itu ketika melakukan jenayah, mereka akhirnya mencekupny­a apabila dia kembali ke tempat persembuny­iannya jam 4 pagi selepas merompak sebuah kedai elektronik.

Dalam tahanan, Tanigawa mengakui benci bekerja dan berpendapa­t mencuri lebih cepat, menurut pegawai polis itu.

Dia didakwa atas lebih 254 rompakan bagi kecurian berjumlah 30 juta yen (RM1.12 juta).

Dia memberitah­u polis dia memerlukan hanya 10 minit untuk memasuki sesebuah rumah dan mencuri khususnya wang daripada penghuni yang sedang tidur. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia