Utusan Borneo (Sabah)

SME Corp jangka SMIDEX 2017 jana nilai jualan sehingga RM555j

-

KUALA LUMPUR: SME Corp Malaysia menyasar sesi padanan perniagaan di Persidanga­n dan Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMIDEX) 2017 pada November ini menjana nilai jualan berpotensi sehingga RM555 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim berkata sesi padanan perniagaan­SMIDEX edisi ke20 itu akan melibatkan 130 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta 35 syarikat multinasio­nal.

“SMIDEX pada tahun lepas menjana nilai jualan sebanyak RM529 juta daripada sesi padanan perniagaan, dan kami yakin sasaran tahun ini juga akan dapat dicapai,” katanya semasa sidang media mengenai SMIDEX 2017 di sini, kelmarin.

Setakat ini, SMIDEX 2017 yang akan berlangsun­g selama tiga hari bermula 15 Nov di Pusat Perdaganga­n dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC) itu menghimpun­kan 326 pempamer, terdiri daripada PKS tempatan, firma antarabang­sa, persatuan, kementeria­n, agensi, institusi kewangan dan rakan kongsi strategik.

SMIDEX 2017 akan melibatkan enam program iaitu Persidanga­n PKS dwitahunan, ‘pocket talk’, majlis perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pameran, sesi padanan perniagaan dan pertanding­an WhaddaHack yang julung kali diadakan.

Hafsah berkata, pertanding­an WhaddaHack, dianjurkan dengan kerjasama Telekom Malaysia dan Huawei, akan menyaksika­n 25 kumpulan yang terdiri sehingga empat individu berentap selama 22 jam untuk membangunk­an idea kepada penyelesai­an revolusi.

Sementara itu, Persidanga­n PKS bertema ‘Menerima Perubahan, Meningkatk­an Manfaat’ memberi tumpuan khusus kepada pendigital­an PKS dan membincang­kan peluang PKS dalam sektor tradisiona­l untuk meraih manfaat transforma­si digital.

Topik yang akan dibincangk­an dalam persidanga­n itu ialah ‘Pendigital­an: Dorongan atau Gangguan kepada Perniagaan Tradisiona­l?’; ‘10 Strategi untuk Memasarkan Perniagaan Anda Melalui Media Sosial’; ‘Wanita 4.0: Gabungan Perniagaan yang Menarik’; ‘Muda & Dalam Permintaan’ serta ‘Masa Depan Kerja: Elemen Pembentuka­n Semula Belia’. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia