Utusan Borneo (Sabah)

Ketahui tempat menarik, bersejarah

Murid SKPS Labuan teruja lawat Kundasang, Kota Kinabalu

-

LABUAN: Seramai 25 murid telah menjayakan Program Hijrah Ilmu Sekolah Kebangsaan Pekan (SKPS) Satu Paling Manang ke Kundasang dan Kota Kinabalu.

Delegasi sekolah itu diketuai Shawal Haji Abdul Rahman selaku penolong kanan pentadbira­n SKPS.

Turut menyertai lawatan itu ialah Penyelaras Program Fatimah Kassim dan lapan guru.

Menurut Shawal, sebelum bertolak dari Terminal Feri Kenderaan, murid-murid dan guru mendengar amanat daripada mantan Guru Besar SKPS Jaafar Haji Matusin dan Guru Besar baharu Anita Shyamini a/p S Azman.

Kedua-duanya berharap lawatan selama empat hari itu akan memberi banyak pengalaman dan pengetahua­n kepada murid-murid.

Mereka yakin menerusi lawatan itu, murid-murid akan mengetahui serba sedikit mengenai tempat yang bersejarah dan menarik di Kundasang dan Kota Kinabalu.

“Inilah ruang dan peluang yang amat berguna kepada murid-murid SKPS untuk mengetahui dan mengenali tempat bersejarah di Kundasang dan Kota Kinabalu,” kata Jaafar.

Sementara, Anita pula berharap lebih banyak program menjelajah ke Sabah akan dilaksanak­an pada masa akan datang bukan sahaja untuk memenuhi jadual murid Tahun Enam selepas menduduki UPSR tetapi juga mengenali sejarah di daerahdaer­ah di negeri itu.

“Sudah tentu banyak sejarah yang boleh mereka terokai di Sabah yang sememangny­a terkenalde­ngankekaya­analam dan faunanya,” katanya.

Jaafar dan Anita mengucapka­n tahniah dan terima kasih kepada Shawal dan guru-guru yang mengiringi lawatan itu.

“Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada ibu bapa yang membenarka­n anak mereka menyertai lawatan yang sangat bermanfaat itu,” kata mereka.

Antara tempat menarik yang dilawati ialah Tagal Sg Luanti, Rabbit Village, Desa Cattle Farm, Tugu Peringatan Perang Kundasang, Pekan Kundasang dan Rumah Semut Borneo.

Selain itu, Taman Buaya Tuaran, Bandaraya Kota Kinabalu dan Jalan Gaya.

Pada tahun lalu, murid Tahun Enam SKPS mengadakan lawatan ke Miri dan Brunei Darussalam.

Shawal berkata, menerusi lawatan itu juga telah mengeratka­n lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara guru dan murid.

Pada masa sama, muridmurid juga dapat menimba pengetahua­n dan pengalaman bagaimana mengendali­kan lawatan sambil belajar selain daya kepimpinan yang ditunjukka­n guru dan rakanrakan mereka sendiri.

Walaupun cuaca agak sejuk ketika mereka berada di Kundasang tetapi ia merupakan satu pengalaman yang menarik sambil menikmati suasana yang nyaman berlatarbe­lakangkan Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.

“Kami amat teruja melihat pemandanga­n yang menarik di Kundasang yang dikeliling­i suasana kampung, tempat menanam sayur dan buah-buahan serta Gunung Kinabalu yang tersergam indah,” katanya.

 ??  ?? FATIMAH memberi lembu minum susu di Desa Cattle Farm.
FATIMAH memberi lembu minum susu di Desa Cattle Farm.
 ??  ?? WALAUPUN cuaca agak sejuk di Kundasang namun ia merupakan satu pengalaman menarik buat murid dan guru.
WALAUPUN cuaca agak sejuk di Kundasang namun ia merupakan satu pengalaman menarik buat murid dan guru.
 ??  ?? MURID dan guru tertarik dengan sejarah Kundasang di Tugu Peringatan Perang Kundasang.
MURID dan guru tertarik dengan sejarah Kundasang di Tugu Peringatan Perang Kundasang.
 ??  ?? TAGAL Sg Luanti antara tempat yang sempat dikunjungi rombongan.
TAGAL Sg Luanti antara tempat yang sempat dikunjungi rombongan.
 ??  ?? MURID-murid merakamkan gambar kenangan di Desa Cattle Farm.
MURID-murid merakamkan gambar kenangan di Desa Cattle Farm.
 ??  ?? GURU dan murid melayan arnab di Rabbit Village.
GURU dan murid melayan arnab di Rabbit Village.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia