Utusan Borneo (Sabah)

Rancangan menarik di televisyen anda

-

Judul: Thor: Ragnarok Bahasa: Inggeris Sarikata: Melayu / Cina Klasifikas­i: P13 Tarikh Tayangan: 26 Oktober 2017 Genre: Aksi / Drama Durasi: 2 Jam 10 Minit Pengedar: Walt Disney Pictures Pelakon: Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Cate Blanchett, Idris Elba, Jeff Goldblum, Tessa Thompson, Karl Urban, Mark Ruffalo, Anthony Hopkins Pengarah: Taika Waititi Format: 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS

Sinopsis ~ Terpenjara di dunia lain tanpa tukul saktinya, Thor perlu mengejar masa untuk pulang ke Asgard bagi menghentik­an Ragnarok - kemusnahan kampung halamannya dan pengakhira­n tamadun Asgardian. Tetapi sebelum dia boleh bertarung dengan Hela, penjahat kejam yang bertanggun­gjawab, Thor mendapati dirinya perlu bertarung dengan bekas rakan seperjuang­annya dalam Avenger, Incredible Hulk.

Judul: Always Be With You Bahasa: Kantonis Sarikata: Melayu / Cina Klasifikas­i: NA Tarikh Tayangan: 26 Oktober 2017 Genre: Seram / Ngeri Durasi: NA Pengedar: GSC Movies Pelakon: Louis Koo, Julian Cheung, Charlene Choi, Charmaine Sheh, Gordon Lam Pengarah: Herman Yau Format: 2D

Sinopsis ~ Merana daripada penyakit berbahaya, David hilang kawalan keretanya selepas memandu dalam keadaan mabuk. Pasangan suami isteri Sam dan Ah Si bernasib baik apabila berjaya mengelak, tetapi Patrick bernasib malang apabila terbunuh dalam kemalangan itu. Secara kebetulan pula, Xiao Hung yang bertindak membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan terhempas pada kereta Patrick. Jimmy yang mahu melihat lokasi kemalangan kemudian telah dilanggar oleh sebuah trak. Selepas insiden itu, mereka yang terselamat mendapati diri mereka berdepan dengan kejadian-kejadian yang pelik dan menakutkan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia