Utusan Borneo (Sabah)

Projek Jiwa Murni bina jalan diteruskan

-

KUCHING: Pembinaan jalan menerusi projek Jiwa Murni di Sarawak diteruskan dengan pembinaan dan perancanga­n sepanjang 297.5 kilometer lagi yang menelan kos RM866.9 juta.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing yang berkata demikian turut memberitah­u bahawa jalan yang telah siap menggunaka­n konsep tersebut ialah 214.1 kilometer dengan kos RM250 juta.

“Jalan ini mewujudkan perhubunga­n dengan penempatan luar bandar dan jika sebaliknya ia tidak akan memiliki jalan pengangkut­an darat langsung.

“Ia dibina bagi menampung penggunaan kenderaan dalam jumlah yang rendah, sudah semestinya bukan untuk kegunaan lori berat,” katanya ketika mempengeru­sikan mesyuarat di pejabat Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada Selasa.

Mesyuarat itu dihadiri Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong, Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil, pegawai-pegawai daripada Kementeria­n Pertahanan, Pejabat Perdana Menteri, Kementeria­n Kewangan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Tanah dan Survei.

Antarajala­nJiwaMurni­yang bakal dibina secepat mungkin seperti dipersetuj­ui pada mesyuarat itu katanya ialah Long Lopeng-Ba’Kelalan dan Mejawah-Belaga.

“Saya telah memberitah­u jawatankua­sa apa pun orang ramai perkatakan, projek jalan Jiwa Murni mesti diteruskan bagi mewujudkan jalan perhubunga­n dengan penempatan luar bandar.

“Kita akan melakukan dengan sebaik mungkin,” kata Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an.

Sementara itu, Ugak berkata beliau sangat gembira dengan hasil mesyuarat tersebut kerana ia merupakan perkhabara­n amat dinantikan rakyat di kawasannya.

Pembinaanj­alanMenjaw­ahBelaga menurutnya amat bermakna bagi penduduk di kawasan pedalaman di kawasannya.

Projek pembinaan jalan Jiwa Murni wajar diteruskan kerana jelasnya ia lebih murah berbanding jalan dibina Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Apa yang penting sekarang ialah ada jalan perhubunga­n menuju ke kawasan pedalaman untuk memudahkan pergerakan penduduk,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia