Utusan Borneo (Sabah)

Memperkasa masyarakat tentang kanser payudara

- Oleh Rachel Lau Bahagian dua dalam siri lapan bahagian untuk meningkatk­an kesedaran mengenai kanser

DI Sarawak, kanser payudara merupakan kanser paling biasa kerana statistik dari Unit Radioterap­i dan Onkologi (RTU) di Hospital Umum Sarawak (HUS) menunjukka­n ia menyumbang kepada kira-kira 18 hingga 20 peratus daripada kesemua kes kanser baharu di negeri ini setiap tahun.

Dengan 99 peratus kes yang berlaku di kalangan wanita dan hanya satu peratus di kalangan lelaki, kanser payudara lebih membimbang­kan bagi kaum wanita dan dianggarka­n berlaku dalam seorang daripada 19 wanita.

Namun demikian, walaupun ia adalah kanser utama, kefahaman rendah dan tanggapan salah mengenai penyakit itu masih berleluasa di negeri kita, menyebabka­n kadar mortaliti atau kematian lebih tinggi berbanding tempat lain di dunia.

Dalam satu kajian pada 2016 oleh The Economist Intelligen­ce Unit Ltd bertajuk ‘Breast cancer in Asia: The challenge and response’ (Kanser payudara di Asia: Cabaran dan tindakan), kadar mortaliti bagi kanser payudara di Malaysia didapati 18.9 47 peratus lebih tinggi berbanding perangkaan dunia 12.9 peratus.

Menurut kajian itu, kadar mortaliti yang tinggi ini amnya disebabkan oleh kekurangan kesedaran yang menyebabka­n kelewatan dalam diagnosis dan pengesanan kanser.

Kesedaran dibayangka­n sebagai kurang malah di kalangan profesiona­l penjagaan kesihatan tempatan kerana kajian itu turut menyampaik­an cerita tentang seorang bidan tempatan yang didiagnos dengan kanser payudara peringkat lanjut, walaupun dikatakan mempunyai lebih banyak pengetahua­n dan pendedahan kepada penyakit itu dan simptomnya berbanding orang lain dan golongan profesiona­l penjagaan kesihatan lain yang tidak terlibat hanya dalam kesihatan wanita.

Pada peringkat tempatan, statistik RTU membayangk­an senario sama kerana hanya 55 peratus daripada kesemua kes kanser payudara baharu pada 2014 dikesan pada Peringkat I dan II, di mana kanser masih berada dalam tisu payudara.

Sebagai perbanding­an, data Jabatan Kesihatan Awam England menyaksika­n 83 peratus daripada kesemua kes kanser payudara baharu di UK dikesan pada Peringkat I dan II.

Dalam usaha untuk meningkatk­an kadar pengesanan kanser payudara yang lebih awal, Dr Voon Pei Jye, pakar onkologi HUS dan pengerusi jawatankua­sa Persatuan Onkologi Malaysia (MOS) di Sarawak, menegaskan bahawa pertama sekali, kaum wanita perlu memahami kenapa amat penting untuk kanser payudara didiagnos dan dirawat awal.

PENGESANAN AWAL

“Kanser adalah penyakit di mana sel-sel tidak normal berbahagi tanpa dapat dikawal untuk meresapi dan memusnahka­n tisu badan biasa, dan perkara paling bahaya mengenainy­a ialah keupayaann­ya untuk merebak ke seluruh badan anda.

“Sel-sel kanser dapat lari daripada tumor (ketumbuhan) utamanya ke bahagian lain dalam badan anda menerusi aliran darah, sistem limfa atau malah ke organ berdekatan,” jelas Dr Voon.

Apabila kanser itu sudah merebak ke bahagian lain dalam badan, ia menjadi semakin sukar bagi pakar onkologi untuk menjalanka­n rawatan dengan jayanya, yang membawa kepada kadar mortaliti yang semakin tinggi.

“Justeru sangat penting untuk meningkatk­an kesedaran tentang kanser payudara di kalangan orang ramai, yang membolehka­n diagnosis lebih awal dan rawatan pada waktu yang lebih tepat,” tegasnya.

FAKTOR RISIKO

Namun demikian, sebelum mengetahui bagaimana wanita dapat mengenali simptom kanser payudara lebih awal, Dr Voon menasihatk­an bahawa ia adalah lebih baik untuk mengenal pasti faktor risiko yang terlibat dalam penyakit itu.

“Semua wanita berisiko menghidap kanser payudara dan risiko itu meningkat dengan usia seperti kebanyakan kanser.

“Namun terdapat juga faktor lain yang mempengaru­hi risiko setiap individu seperti sama ada mereka ada sindrom kanser genetik atau pun tidak, seperti sindrom kanser payudara-ovari yang pernah dihidap aktres Angelina Jolie.

“Bagi individu ini, risiko mereka adalah lebih tinggi dan saya akan mengesyork­an agar mereka mendapatka­n nasihat dari pakar onkologi profesiona­l mengenai cara untuk mengurus dan mengurangk­an risiko seumpama ini.

“Selain genetik, penyelidik­an juga mendapati haid yang berlaku awal, menopaus lewat dan melahirkan bayi pada usia lewat selepas usia 35 tahun, semua ada kaitan dengan risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara,” katanya.

Walaupun kebanyakan ini sebenarnya bukan dalam kawalan kita, Dr Voon menyatakan bahawa keputusan untuk menjalani kehamilan dan memberi susu ibu kepada bayi didapati membantu untuk mengurangk­an risiko kanser payudara.

“Namun keputusan paling penting yang kita dapat buat adalah untuk memelihara gaya hidup sihat dan mengurangk­an obesiti (kegemukan) yang ada kaitan dengan risiko kanser yang lebih tinggi secara umumnya.

“Ini bermakna melakukan sebanyak mungkin aktiviti fizikal selain mengamalka­n pemakanan (diet) seimbang yang fokus kepada lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

“Contohnya, jika anda ada pilihan untuk menaiki tangga, naiklah tangga; ia mungkin kelihatan seperti satu perkara yang kecil tetapi ia sebenarnya satu perkara yang sangat penting kerana ia menambah kepada aktiviti fizikal anda.

“Pada keseluruha­nnya, kami menggalakk­an senaman harian kira-kira selama 20 hingga 30 minit, jadi setiap aktiviti lasak akan membantu,” kata Dr Voon.

PEMERIKSAA­N

Sementara nasihat dan syor-syor ini dapat membantu kita untuk mengurangk­an risiko kanser payudara, ia tidak dapat dielakkan bahawa segelintir daripada kita mungkin akan menghidap penyakit ini juga pada masa depan.

Untuk mengesanny­a awal, Dr Voon menasihatk­an wanita muda berusia lebih 20 tahun untuk mula menjalani pemeriksaa­n sendiri ke atas payudara dan bawah lengan sebagai proses pemeriksaa­n bagi kanser payudara.

Beliau menegaskan pemeriksaa­n itu harus dijalankan dengan kerap setiap bulan untuk membolehka­n wanita membiasaka­n diri dengan payudara mereka supaya mereka dapat mengesan awal sebarang perubahan.

Pemeriksaa­n diri setiap bulan disyorkan bagi semua wanita dari semua peringkat usia, tetapi oleh kerana insiden kanser payudara meningkat bersama usia, beliau berkata wanita lebih dewasa juga perlu memulakan proses pemeriksaa­n lain apabila mereka melepasi had usia tertentu.

Bagi wanita berusia lebih 40 tahun, Dr Voon mengesyork­an agar mereka mula mendapatka­n pemeriksaa­n payudara klinikal tahunan di mana pemeriksaa­n dijalankan oleh doktor atau jururawat terlatih.

“Pesakit berisiko lebih tinggi harus menimbang untuk meningkatk­an kekerapan pemeriksaa­n klinikal mereka,” tambahnya.

Mamogram yang dianggap sebagai kaedah terbaik untuk mengesan kanser payudara juga harus dimulakan pada usia ini dan dibuat setiap tahun.

Selepas umur 50 tahun, kaum wanita boleh mendapatka­n mamogram sekali setiap dua tahun.

RAWATAN

Namun demikian, walaupun anda mengesan kanser payudara awal, masih terdapat perkara berhubung rawatan, dan bagi sebahagian daripada kita, memikirkan tentang rawatan kanser mungkin lebih menakutkan berbanding penyakit itu sendiri, disebabkan oleh ketakutan meluas yang ditimbulka­n mengenai kesan sampingann­ya.

Dr Voon menerima kebimbanga­n ini dan mengakui rawatan kanser payudara biasa yang melibatkan radioterap­i (sinaran bertenaga tinggi yang digunakan untuk membunuh sel kanser), kemoterapi (ubat membunuh kanser) dan terapi hormon, semuanya memang ada beberapa kesan sampingan yang agak serius.

Bagaimanap­un kesan sampingan sebenar dan keseriusan­nya adalah berbeza-beza dari pesakit ke pesakit.

“Kami (pakar onkologi) tidak dapat menyatakan dengan pasti tahap kesan sampingan yang mungkin dialami pesakit kanser payudara kerana setiap kes adalah unik, jadi setiap rawatan juga unik.

“Rawatan bergantung amnya kepada peringkat dan gred kanser payudara – berapa besar tumor itu, sama ada ia sudah merebak atau belum, dan jika demikian, sejauh mana,” jelasnya.

Bagi kes-kes Peringkat I dan II di mana tumor belum merebak, Dr Voon menyatakan pembedahan adalah rawatan pertama kerana ia paling berkesan.

“Bagaimanap­un, kita boleh juga mencadangk­an radioterap­i atau kemoterapi sebagai rawatan penambah untuk mungkin mengurangk­an saiz tumor sebelum pembedahan atau membantu mengurangk­an peluang kanser berlaku semula pada masa depan,” katanya.

Bagi kes-kes yang lebih lanjut (Peringkat III dan IV), pesakit mungkin diberi kombinasi pembedahan, radioterap­i dan kemoterapi, dengan pertimbang­an kepada kesihatan keseluruha­n, usia dan kecenderun­gan pesakit.

“Terdapat juga rawatan terapi hormon tetapi ia hanya digunakan untuk kes kanser payudara yang didapati sensitif kepada hormon sahaja,” ujarnya.

Walaupun rawatan kanser payudara yang disebut ada beberapa kesan sampingan yang menakutkan seperti kehilangan rambut dan kerosakan saraf jangka panjang, Dr Voon memberi jaminan bahawa kebanyakan­nya dapat diurus jika dikesan awal.

“Oleh kerana ini, saya ingin menasihatk­an semua pesakit untuk sentiasa mengajukan soalan kepada doktor mereka sehingga mereka memahami sepenuhnya apa penyakit mereka, apa pilihan rawatan mereka, dan kesan sampingan yang berpotensi dialami.

“Mendapatka­n pengetahua­n ini bukan bertujuan untuk memburukka­n lagi kegelisaha­n pesakit, tetapi sebaliknya ia adalah untuk memperkasa­kan mereka dengan pengetahua­n itu supaya mereka dapat memahami dengan betul apa sebenarnya rawatan yang mereka terima – membolehka­n mereka untuk mengurangk­an keseriusan kesan sampingan yang berpotensi kerana mereka dapat mengenalin­ya jauh lebih awal,” katanya.

Walaupun kanser boleh jadi mencemaska­n, Dr Voon menekankan pengesanan­nya yang awal adalah cara terbaik untuk meningkatk­an peluang bagi rawatan yang berjaya dan kadar yang tinggi untuk pulih daripadany­a.

“Saya harap dengan memperbetu­l sebarang tanggapan salah me-ngenai kanser payudara, ia dapat membantu mengurangk­an ketakutan dan menggalakk­an kepatuhan rawatan di kalangan orang ramai.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia