Utusan Borneo (Sabah)

Akademi Safa tahun depan

Antara usaha mantapkan program pembanguna­n bola sepak Sabah

-

KOTA KINABALU: PersatuanB­olaSepakSa­bah (Safa) akan menubuhkan akademi bola sepaknya sendiri tahun depan.

Timbalan Presiden II, Datuk Lawrence Gimbang berkata, akademi dinamakan Akademi Safa yang dijangka ditubuhkan awal tahun depan itu dibiayai Petronas.

“Iniadalaha­ntarausaha­kita memantapka­n lagi program pembanguna­n bola sepak di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Bola Sepak SK Api Api Bersama Safa di SK Api Api di Damai, Luyang dekat sini pada Rabu.

Beliau berkata, penubuhan akademi itu juga selari dengan pembinaan padang latihan milik Safa sendiri di kawasan Kompleks Sukan Kota Kinabalu yang dijangka siap pertengaha­n tahun depan.

Mengenai karnival itu, Lawrence berkata, ia juga sebahagian daripada program pembanguna­n Safa di mana ia dilaksanak­an dengan kerjasama pihak sekolah yang dijadikan sekolah angkat badan induk bola sepak negeri ini berkenaan.

SK Api Api adalah sekolah angkat ketiga Safa selepas SK Sri Gaya dan SRJK Chung Hwa Likas.

Antara pengisian karnival yang turut disertai pemain dari SK Sri Gaya dan SRJK Chung Hwa itu adalah pertanding­an bola sepak dan klinik bola sepak.

Turut bersama membantu menjayakan karnival itu adalah beberapa pegawai kelab Burnley dari Liga Perdana England.

Lawrence berkata, kehadiran pegawai dari Burnley itu adalah untuk membantu menjayakan program itu dan sebagai suntikan galakan kepada pemain-pemain muda. Bagaimanap­un difahamkan bahawa usaha juga sedang dibuat untuk Safa dan Burnley menjalinka­n kerjasama dalam program pembanguna­n bola sepak di negeri ini.

Turut bersama pada majlis itu adalah naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Joehari Ayub yang juga naib presiden Safa, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab Burnley Neil Hart dan Guru Besar SK Api Api Ag Ghani Ag Bakar.

 ??  ??
 ??  ?? LAWRENCE melakukan sepakan sebagai simbolik perasmian Karnival Bola Sepak SK Api Api Bersama Safa di padang SK Api Api.
LAWRENCE melakukan sepakan sebagai simbolik perasmian Karnival Bola Sepak SK Api Api Bersama Safa di padang SK Api Api.
 ??  ?? KETUA jurulatih skuad Piala Presiden Sabah, Justin Ganai (kanan) memberi arahan kepada pemain semasa mengenaali klinik. Justin adalah salah seorang daripada beberapa jurulatih Safa mengendali­kan karnival itu.
KETUA jurulatih skuad Piala Presiden Sabah, Justin Ganai (kanan) memberi arahan kepada pemain semasa mengenaali klinik. Justin adalah salah seorang daripada beberapa jurulatih Safa mengendali­kan karnival itu.
 ??  ?? AG Ghani (dua dari kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada CEO Burnley, Neil Hart sambil diperhatik­an Lawrence (dua dari kanan) dan Joehari (kanan).
AG Ghani (dua dari kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada CEO Burnley, Neil Hart sambil diperhatik­an Lawrence (dua dari kanan) dan Joehari (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia