Utusan Borneo (Sabah)

MMT anjur klinik bola sepak ‘Back To Basic’ di Ranau

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Klinik bola sepak `Back To Basic’ anjuran Media Mix Team (MMT) di Kundasang, Ranau penghujung minggu ini dijangka akan disertai lebih 100 pemain.

Klinik yang disokong tajaan beberapa parti politik dan orang perseorang­an itu akan diadakan di padang Pekan Kundasang pada Sabtu dan Ahad dan dikendalik­an ketua jurulatih skuad Piala Presiden Sabah musim ini, Justin Ganai.

Pengerusi penganjur, Emran Azmie Rosle berkata, antara objektif utama klinik itu adalah memberikan pendedahan teknik asas bola sepak.

“Seperti yang sering kali dikatakan ‘coach’ Justin, teknik asas bola sepak adalah satu perkara penting sekiranya seseorang itu mahu pergi lebih jauh dalam sukan itu.

“Di samping itu, klinik ini juga bertujuan mencungkil bakat-bakat bola sepak yang ada di Ranau. Ini adalah peluang yang harus dimanfaatk­an terutama dalam menimba ilmu dengan jurulatih berpengala­man luas,” katanya ketika dihubungi, di sini pada Rabu.

Emran berkata, setakat ini lebih 70 peserta berusia antara 8-16 tahun telah mendaftar tetapi menjangkak­an jumlah itu akan meningkat.

“Saya mengucapka­n jutaan terima kasih kepada semua penaja yang sudi memberi bantuan dan sokongan bagi menjayakan program ini,” katanya.

Sempena dengan klinik itu, satu perlawanan persahabat­an juga akan diadakan mempertemu­kan pasukan Veteran ManUnited Ranau dan MMT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia