Utusan Borneo (Sabah)

Badminton: SM Lok Yuk A muncul juara

Liga Remaja Kebangsaan Airasia-BAM 2017 Peringkat Negeri Sabah

-

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah (SM) Lok Yuk A dinobatkan selaku juara pasukan Kategori Lelaki dan Wanita bawah 18 tahun pada Kejohanan Liga Remaja Kebangsaan Airasia-BAM 2017 Peringkat Negeri Sabah yang berakhir di Dewan Serbaguna Kompleks, Kota Kinabalu pada Ahad.

Kejohanan tiga hari kelolaan Persatuan Badminton Sabah (SBA) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Sabah berkenaan disertai 300 pelajar dari 16 sekolah seluruh Sabah.

Dalam perlawanan akhir pasukan lelaki SM Lok Yuk A dengan mudah menewaskan SMK Keningau 3-0 di mana Neville Baptise Luaran selaku pemain perseorang­an pertama menewaskan Mohd Al-Hafizi Suhaimi 21-15/2110.

Manakala mata kedua hasil kemenangan beregu pertama mereka Arthur Liew/Jonathan Jordan menewaskan Dederoel Philip/Mohd Fayeed Yaakob 21-17/21-18 sebelum Ling Dai Hau memberi mata kemenangan menerusi keputusan 21-18/21-13 ke atas Vielson Dean dalam perseorang­an kedua.

Manakala keputusan tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan SMK Bandau A dan keempat SMK Tamparuli.

Bagi kategori wanita, pasukan SM Lok Yuk A dinobatkan selaku juara setelah menewaskan SMK Tamparuli 2-1.

Manakala di tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh pasukan SMK Bandau A dan SMK Bukit Garam.

Shannia Dedee Richard yang mewakili SM Lok Yuk A diletakkan sebagai pemain pertama dengan mudah menewaskan Cassey Rynn Rompong (SMK Tamparuli) 21-9/21-11.

Manakala Goh Shuen Tong (SM Lok Yuk A) selaku pemain perseorang­an kedua telah menewaskan Macnella Micheal 17-21/21-13/21-9.

Sebelum itu beregu wanita SM Lok Yuk yang diwakili oleh Elaine Wee Yu Ling/ Suraya Voo tewas kepada Asfarhani Jasneh/Jessica Calvin 21-14/21-13.

Sementara itu Presiden SBA Janih Bangud ketika ditemui berkata kejohanan ini secara tidak langsung dapat melahirkan pemain yang berpotensi selain mencungkil bakat untuk diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi.

Katanya kejohanan ini juga sebagai platform bagi menilai keupayaan para pemain dalam meningkatk­an lagi tahap fizikal, kecergasan dan mental.

“Saya berharap kejohanan seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang agar kita tidak ketandupem­ain san yang berkualiti yang mampu mengharumk­an nama negeri dan negara suatu hari kelak,” tambahnya.

Katanya kejohanan ini juga sebagai medan pemilihan yang mana pasukan yang mendapat johan dan naib johan akan mewakili Sabah ke Kejohanan Liga Remaja kebangsaan Badminton AirAsia-Bam pada Disember ini di Kuala Lumpur.

“Di mana juara dalam Liga Remaja ini akan mendapat kemasukan automatik ke dalam Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara,” jelasnya Beliau juga mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n kepada semua ahli jawatankua­sa penganjur, penaja, jawatankua­sa teknikal, urusetia, para pengadil, dan hakim garis yang telah bertungkus lumus tanpa mengenal penatlelah dalam menjayakan kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini.

“Ucapan tahniah dan syabas juga kepada Golubi Guntarek sebagai Pengarah Kejohanan, Ag.Damit @ Buchu Hj.Abu Bakar (Pengerusi Teknikal), Referi Kehormat Kejohanan Johny Suah dibantu oleh Androw Celyron (Timbalan Referi Kehormat), Datuk Sr. Anthony Linggian (Assesor) serta semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga kejohanan ini berjalan dengan lancar dan sempurna,” tegasnya.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Janih dan Hj. Pg Johari Pg. Ahmad dari Unit Sukan Jabatan Pendidikan Sabah.

 ??  ?? JANIH menyampaik­an hadiah kepada Naib Juara Pasukan Lelaki SMK keningau.
(kanan) KENANGAN Ag. Damit bersama Wilfred B. Young Pengurus Kompleks Sukan KK. (CROP). HJ. Pg. Johari menyampaik­an hadiah kepada naib juara pasukan wanita SMK Tamparuli.
JANIH menyampaik­an hadiah kepada Naib Juara Pasukan Lelaki SMK keningau. (kanan) KENANGAN Ag. Damit bersama Wilfred B. Young Pengurus Kompleks Sukan KK. (CROP). HJ. Pg. Johari menyampaik­an hadiah kepada naib juara pasukan wanita SMK Tamparuli.
 ??  ?? JUARA pasukan lelaki SM Lok Yuk A menerima hadiah daripada Janih.
JUARA pasukan lelaki SM Lok Yuk A menerima hadiah daripada Janih.
 ??  ?? BARISAN Urusetia diketuai oleh Mildred (kiri).
BARISAN Urusetia diketuai oleh Mildred (kiri).
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DATUK Sr.Anthony dan Ag. Damit merakamkan gambar bersama para pengadil yang praktikal dalam kejohanan tersebut.
DATUK Sr.Anthony dan Ag. Damit merakamkan gambar bersama para pengadil yang praktikal dalam kejohanan tersebut.
 ??  ?? HJ. Pg. Johari menyampaik­an hadiah kepada juara pasukan wanita SM Lok Yuk A.
HJ. Pg. Johari menyampaik­an hadiah kepada juara pasukan wanita SM Lok Yuk A.
 ??  ?? JANIH merakamkan gambar bersama Datuk Sr Anthony.
JANIH merakamkan gambar bersama Datuk Sr Anthony.
 ??  ?? PARA pemain merakamkan gambar bersama Janih dan tetamu yang hadir.
PARA pemain merakamkan gambar bersama Janih dan tetamu yang hadir.
 ??  ?? JANIH menyampaik­an cenderaken­angan kepada Hj. Pg. Johari.
JANIH menyampaik­an cenderaken­angan kepada Hj. Pg. Johari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia