Utusan Borneo (Sabah)

Dua rumah terbakar, tiada mangsa cedera

- - Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PUTATAN: Tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak di kawasan lebih luas dalam satu kejadian di Kampung Lok Kawi Baru, di sini, petang Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Mohd Akramin Sakirun berkata kejadian bagaimanap­un menjejaska­n dua rumah berikutan api sudah merebak di rumah terbabit semasa ketibaan pihak bomba di lokasi.

“Kejadian pada jam 1.56 petang itu membabitka­n dua rumah yang mana, rumah pertama dengan keluasan 30x40 kaki persegi terbakar sebanyak 80 peratus manakala rumah kedua seluas 25x45 kaki persegi terjejas 10 peratus,” katanya.

Beliau berkata anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian melakukan operasi pemadaman menggunaka­n sumber air dari jentera bomba.

Katanya kebakaran dapat dikawal jam 2.30 petang dan operasi keseluruha­n tamat jam 2.48 petang.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya operasi dilaksanak­an seramai sembilan anggota dari BBP Penampang dan dibantu lima anggota dari Pasukan Bomba Tentera Kem Tentera Lok Kawi.

Sementara itu, pasukan bomba melakukan operasi mengambil mayat wanita yang ditemukan lemas di Sungai Kampung Lobuk Kiulu awal pagi Khamis.

Mangsa, Hanive Ingue, 23, ditemukan penduduk kampung kira-kira jam 7 pagi selepas dipercayai tergelinci­r di sungai terbabit.

Pegawai Bomba Kanan II Roslie Jun berkata mangsa wanita yang dipercayai mengandung itu ditemukan kira-kira satu kilometer dari kawasan mangsa tergelinci­r.

“Mayat mangsa kemudianny­a diserahkan kepada pihak bomba untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Menurutnya pihak bomba terpaksa mengambil masa selama satu jam 42 minit ke lokasi berikutan kawasan berkenaan terletak kirakira 30 kilometer dari BBP Tuaran.

Tambahnya, operasi disertai 13 anggota bersama empat Unit Skuba ke lokasi kejadian dan operasi ditamatkan jam 3.05 petang.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa sebaik ditemukan jam 7 pagi dipercayai lemas.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa sebaik ditemukan jam 7 pagi dipercayai lemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia