Utusan Borneo (Sabah)

PERUNTUKAN RM5 JUTA

Dana khas bagi santuni keperluan warga emas

-

SIPITANG: Kerajaan memperuntu­kkan RM5 juta dana khas sebagai tambahan kepada peruntukan dalam Bajet Negeri, bagi menyantuni keperluan warga emas.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata usaha itu membuktika­n bahawa golongan itu sentiasa dekat di hati kerajaan.

“Kita akan terus memastikan bahawa tidak ada kelompok masyarakat yang tertinggal daripada menikmati pembanguna­n, kemakmuran dan kesejahter­aan.

“Mereka yang kurang bernasib baik tidak akan terpinggir atau tersisih, sebaliknya akan terus mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya ketika pada Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan Peringkat Negeri.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Musa memaklumka­n kerajaan akan terus menambahba­ik sistem penyampaia­n bantuan kepada golongan sasar sama ada kepada individu mahupun keluarga yang kurang berkemampu­an atas faktor kesihatan, kecacatan dan kematian.

Katanya, kerajaan kini telah, sedang dan akan terus melaksanak­an pelbagai dasar dan agenda bagi memastikan kesejahter­aan dan kebajikan warga emas sentiasa terpelihar­a.

Antaranya, menerusi Bajet Negeri yang pada setiap tahun menyalurka­n peruntukan yang besar kepada kementeria­n dan jabatan berkaitan serta persatuan warga emas di seluruh Sabah.

Beliau berharap kesedaran generasi muda dapat ditingkatk­an khususnya dalam menghargai, menghormat­i serta mencontohi pengorbana­n dan sumbangan warga emas kepada pembanguna­n negara.

Sambutan itu jelas membuktika­n pengiktira­fan dan penghargaa­n serta keprihatin­an kerajaan kepada warga emas atas sumbangan yang telah dicurahkan.

“Pengalaman, kepakaran serta nasihat dan bimbingan warga emas juga telah banyak membantu kerajaan dan masyarakat dalam menjayakan agenda pembanguna­n negeri dan negara dalam pelbagai aspek,” katanya.

Majlis itu disempurna­kan perasmiann­ya oleh Yang Dipertua Negeri Tun Dr Juhar Mahiruddin di Dewan Serbaguna Sipitang pada Khamis.

Juhar dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni turut menyampaik­an tiga anugerah khas iaitu Anugerah Khas Pasangan kepada Rosli Mohd Tahir, Anugerah Khas Individu Lelaki Lukas Pengiran dan Anugerah Khas Individu Perempuan Rafiah @Rapiah Jaafar.

Sementara itu, 250 warga emas lain menerima cenderahat­i berupa set mandian dan sehelai tuala daripada penganjur yang disampaika­n Toh Puan Norlidah.

 ??  ?? JUHAR (lima dari kanan) bersama tetamu kenamaan lain menyaksika­n gimik perasmian majlis.
JUHAR (lima dari kanan) bersama tetamu kenamaan lain menyaksika­n gimik perasmian majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia