Utusan Borneo (Sabah)

34 ditahan polis dalam beberapa siri serbuan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seramai 34 individu termasuk 16 wanita ditahan sepasukan pihak polis dalam beberapa siri serbuan yang dijalankan di Kota Marudu dan Bundusan bermula Selasa sehingga malam Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata serbuan pertama dijalankan di Dataran Bengkoka, Pitas Kota Marudu pada 24 Oktober.

Hasil serbuan berjaya menahan 13 lelaki termasuk seorang lelaki tidak mempunyai dokumen pengenalan diri selepas dipercayai melakukan aktiviti perjudian di sebuah premis yang diserbu.

"Sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah melaksanak­an serbuan selepas mendapat maklumat daripada orang ramai selain hasil intipan berterusan di sekitar lokasi kejadian kira-kira jam 5.20 petang.

"Polis turut merampas 10 unit komputer riba, tiga unit jalur lebar dan wang tunai sebanyak RM450 dipercayai digunakan untuk menjalanka­n aktiviti perjudian haram," katanya.

Menurutnya kesemua suspek berumur 23 hingga 41 tahun ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 4(b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dikenakan denda tidak kurang RM2,000 dan tidak melebihi RM200,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas atau lima tahun penjara.

Dalam serbuan berasingan, polis turut menahan seramai 21 individu termasuk 16 wanita di sebuah pusat hiburan di Bundusan Square Penampang pada Rabu.

Salehhudin berkata kesemua wanita berumur 20 hingga 36 tahun dan lelaki berumur 19 hingga 26 tahun terbabit gagal menunjukka­n sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya kesemua suspek akan disiasat di bawah Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

"Dua lelaki tempatan masingmasi­ng berumur 40 dan 48 tahun yang dipercayai pengusaha pusat hiburan terbabit turut ditahan kerana mengendali­kan premis tanpa lesen yang sah.

"Pengusaha akan disiasat mengikut Seksyen 4 Ordinan Hiburan Awam 1958 dan Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/1963 kerana menggaji individu yang tidak memiliki dokumen yang sah," katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia