Utusan Borneo (Sabah)

Beri tumpuan kebajikan rakyat marhaen

Pembentang­an Bajet 2018

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali berharap Bajet 2018 yang akan dibentang Perdana Menteri hari ini memberikan tumpuan kepada aspek kebajikan rakyat marhaen.

Menurutnya, faktor peningkata­n kos sara hidup dan kenaikan harga barangan keperluan menuntut perhatian kerajaan khususnya golongan orang kelainan upaya (OKU).

“Kalauboleh,bantuanOKU sebanyak RM200 sebulan dapat dinaikkan ke RM400 atau RM500 kerana bilangan OKU tidaklah ramai dan mereka seharusnya dibantu.

“Rakyat Sabah juga masih ramai yang berpendapa­tan rendah dan jika kadar cukai pendapatan dapat dikurangka­n, perkara itu akan melegakan ramai pihak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Balung berkata demikian selepas berucap merasmikan Program Mesej Dari Penjara Peringkat Sabah, di sini pada Khamis.

SyedAbasbe­rkatakeper­luan untuk menurunkan cukai pendapatan itu signifikan berikutan berlakunya situasi turun-naik harga barang keperluan di pasaran.

“Kita juga berharap kenaikan gaji pekerja, selain lebih banyak program kebajikan seperti program lesen memandu dan lesen motosikal percuma kepada golongan miskin diperkenal­kan,” katanya.

Menyentuh program itu, beliau berharap Jabatan Penjara Malaysia meluaskan lagi Mesej Dari Penjara ke peringkat akar umbi di luar bandar untuk menimbulka­n kesedaran ramai.

Beliau turut menyeru syarikat swasta dan korporat supaya berkongsi tanggungja­wab bersama memperkasa­kan program pemulihan yang dibangungk­an jabatan terbabit.

“Kita berharap program kerjasama antara jabatan ini dengan sektor swasta dan korporat digandakan lagi untuk melahirkan lebih ramai Orang Diparol (ODP) yang terlatih.

“Sekaligus memastikan program pemulihan luar penjara dapat diperluask­an dengan lebih berkesan dan memberikan peluang pekerjaan secara tetap kepada ODP,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penjara Malaysia Dato’ Jamaludin Saad.

“Kita juga berharap kenaikan gaji pekerja, selain lebih banyak program kebajikan seperti program lesen memandu dan lesen motosikal percuma kepada golongan miskin ” diperkenal­kan DATUK SYED ABAS SYED ALI

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah

 ??  ?? SYED Abas berharap Bajet 2018 akan memberikan tumpuan kepada aspek kebajikan rakyat marhaen khususnya golongan memerlukan.
SYED Abas berharap Bajet 2018 akan memberikan tumpuan kepada aspek kebajikan rakyat marhaen khususnya golongan memerlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia