Utusan Borneo (Sabah)

Generasi pelapis Japen perlu kekal cemerlang

-

KOTA KINABALU: Generasi pelapis Jabatan Penerangan (Japen) perlu meneruskan kecemerlan­gan dan kejayaan yang diraih.

Demikian nasihat daripada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka (KVS), Iskandar Ismail, 59, yang akan mula bercuti pada 1 November depan sebelum bersara wajib pada 28 Januari 2018.

Beliau yang berasal Tanah Merah, Kelantan berkata perkhidmat­annya dalam jabatan sejak tahun 1982 dan bertugas di Japen Sabah selama tujuh tahun.

“Saya berharap kakitangan Japenyangm­asihberkhi­dmat terus memberikan prestasi yang cemerlang seperti yang diamalkan sekian lama.

“Dalam melaksanak­an tugas dan amanah yang dipikul, kita perlu melakukann­ya secara bersungguh-sungguh dan sepenuh hati.

“Bukan itu sahaja, disiplin yang tinggi juga perlu diterapkan dalam pelapis Japen di samping kebolehan bekerja dalam kumpulan,” katanya ketika ditemui pada majlis perpisahan­nya di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, menurut kakitangan­nya, Gregory Chai, 50, bertugas sebagai pereka di KVS, Iskandar merupakan ketua yang sangat prihatin.

“Unik cara beliau mentadbir apabila ada tugasan yang perlu dibuat, beliau akan meminta pandangan pereka dan samasama menghasilk­an karya yang boleh diterima oleh pengarah.

“Selain itu, dia selalu turun padang bersama pereka. Bila terdapat satu pameran besar, beliau sendiri akan bersamasam­amembantum­enyiapkan tapak pameran,” katanya.

Hadir sama di majlis perpisahan itu ialah Pengarah Penerangan Sabah Swady Guliling dan Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa.

 ??  ?? SWADY (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Iskandar (tengah) sambil diperhati Supian (kanan).
SWADY (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Iskandar (tengah) sambil diperhati Supian (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia