Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama orang ramai lancarkan kerja DOSM di lapangan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Pejabat Operasi Tawau berterima kasih kepada orang ramai kerana memberikan kerjasama setiap kali pegawainya melakukan kerja mengumpul data di lapangan.

Ketua Pejabat Operasi Tawau Mahdir Bahar berkata maklumbala­s positif responden khususnya masyarakat tempatan sekaligus membantu kerja pihaknya mengumpul data berjalan lancar.

“Orang ramai tidak perlu takut untuk menerima kehadiran pegawai ataupun petugas sambilan kita kerana segala maklumat peribadi dijamin kerahsiaan­nya,” katanya di sini pada Khamis.

Katanya setiap pegawai atau petugas sambilan yang bertugas sentiasa memakai ‘vest’ dan membawa surat kuasa sebagai pengenalan diri serta didedahkan dengan latihan dan kod etika.

Menurutnya segala maklumat peribadi dijamin kerahsiann­ya di bawah Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989) dan tidak akan didedahkan kepada sebarang pihak termasuk agensi kerajaan lain.

“Kita faham ada beberapa isu sensitif timbul berkaitan apabila tetamu tidak dikenali hadir, namun kita hadir ke rumah ataupun premis-premis persendiri­an untuk menjalanka­n tugas.

“Orang ramai boleh memeriksa surat kuasa yang dibawa oleh pegawai atau petugas sambilan kita yang datang bertugas,” katanya.

Menyentuh sambutan Hari Statistik Negara (MyStats Day) 2017 pula, beliau berkata pihaknya masih dalam rangka menjalanka­n pengisian program yang bermula dari 19 sehingga 31 Oktober.

Misalnya, pada Khamis, ‘Statistic Talk’ dijalankan bersama 60 pelajar tingkatan enam rendah di Kolej Tingkatan Enam Tawau yang dikendalik­an oleh Penolong Pegawai Perangkaan Amilawati Ambo.

“Pelaksanaa­n program ini salah satu usaha kita untuk menimbulka­n kesedaran masyarakat menerusi pelajar khususnya yang mengikuti kursus ekonomi dan prinsip akaun,” katanya.

 ??  ?? STATISTIC Talk dijalankan bersama 60 pelajar tingkatan enam rendah di Kolej Tingkatan Enam Tawau yang dikendalik­an oleh Penolong Pegawai Perangkaan Amilawati Ambo.
STATISTIC Talk dijalankan bersama 60 pelajar tingkatan enam rendah di Kolej Tingkatan Enam Tawau yang dikendalik­an oleh Penolong Pegawai Perangkaan Amilawati Ambo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia