Utusan Borneo (Sabah)

KKMKK, WWF lakukan penanaman semula hutan di Bukit Piton, Lahad Datu

-

KOTA KINABALU: Kumpulan Kerja Mahkamah Kota Kinabalu (KKMKK) yang disokong Tabung Alam Sedunia (WWF), akan melakukan penanaman semula hutan dalam seluas 134.56 hektar, di hutan rizab Bukit Piton Lahad Datu.

Pengarah Eksekutif Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia Dato Dr Dionysius Sharma berkata dalam kempen ‘1 Heart 1 Tree’ yang diterajui KKMKK, penanaman berkenaan dibuat dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah dan WWF Singapura.

Menurutnya, penanaman berkenaan dibiayai Binjaitree, Holywell Foundation, The Silent Foundation dan Foord Asset Management Singapore.

“Kita akan menanam sebanyak 156 pokok dalam setiap hektar yang mana jumlah keseluruha­n pokok 20,990. Penanaman ini bermula bulan ini dan berakhir pada Disember.

“Dianggarka­n kawasan seluas 30 hektar akan ditanam sebanyak 4,680 pokok. WWF Malaysia sudah melakukan penanaman semula hutan di Bukit Piton sejak 2007 untuk kelangsung­an hidup orang hutan.

“Setiap tahun, para pengkaji kami melaporkan melihat bayi orang hutan di kawasan terbabit. Ini menunjukka­n haiwan ini berkembang di tempat itu,” katanya.

Tambahnya, menanam pokok baharu seperti melakukan pelaburan jangka masa panjang tetapi memberikan pulangan yang berharga.

“Kita mendapat udara bersih, makanan dan ubatubatan daripada pokok di sekeliling kita. Anak-anak kita juga mendapat kebaikan,” katanya.

Terdahulu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nurchaya Hj Arshad mengucapka­n terima kasih kepada WWF Malaysia, dalam menyokong usaha berkenaan.

“Tidak dapat dinafikan persekitar­an kita perlu dilindungi dan dipulihara untuk memastikan kelangsung­an hidup,” katanya.

Menurutnya alam mempunyai keupayaan menampung dan menjana semula namun mempunyai had, apabila berhadapan dengan populasi dan teknologi yang berkembang.

“Apa yang diperlukan ialah mengekalka­n, melindungi dan memperbaik­i alam yang semakin berubah, seperti yang dilakukan dalam kempen ini,” katanya.

Turut hadir Hakim Mahkamah Tinggi Ravinthran N. Paramaguru, Pesuruhjay­a Kehakiman Ismail Brahim, Pesuruhjay­a Kehakiman Bexter Agas Michael, Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah (SLA) Brenndon Ketih Soh, Pengarah Pemulihara­an WWF Malaysia Dr. Sundari Ramakrishn­a dan Ketua Pemulihara­an Sabah Dr John Tay.

 ??  ?? NURCHAYA (tengah, belakang), Dionysius (tujuh kanan, belakang), Ravinthran (Tujuh kiri,belakang), Ismail (enam kiri, belakang), Brenndon (lima kanan, belakang), Sundari (lapan kanan, belakang), John (empat kanan, belakang) bersama dengan kakitangan...
NURCHAYA (tengah, belakang), Dionysius (tujuh kanan, belakang), Ravinthran (Tujuh kiri,belakang), Ismail (enam kiri, belakang), Brenndon (lima kanan, belakang), Sundari (lapan kanan, belakang), John (empat kanan, belakang) bersama dengan kakitangan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia