Utusan Borneo (Sabah)

Dua syarikat didenda gagal bayar gaji minimum

-

MARUDI: Mahkamah Majistret di sini menjatuhka­n hukuman denda terhadap dua buah syarikat kerana tidak membayar gaji pokok RM920 kepada pekerjanya sepertiman­a Perintah Gaji Minimum 2016 yang berkuatkua­sa pada 1 Julai 2016.

Majistret Zuraini Ali Musa memerintah­kan hukuman denda RM1,500 bagi setiap kesalahan atas tiga pertuduhan atau tiga bulan penjara terhadap pemilik syarikat penyediaan makanan di sekolah.

Manakala pemilik sebuah kedai perabot di sini dikenakan hukuman denda RM2,000 bagi setiap kesalahan atas dua pertuduhan atau tiga bulan penjara.

Atas kesalahan itu, kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundinga­n Gaji Negara 2011.

Sementara dalam prosiding yang sama, sebuah syarikat kawalan keselamata­n dijatuhkan hukuman denda RM6,800 atau tiga bulan penjara kerana ingkar perintah Pengarah Tenaga Kerja Sarawak mengikut Seksyen 130C (a), iaitu gagal mematuhi perintah (Borang C) Mahkamah Buruh untuk membayar baki gaji notis, faedah penamatan kerja, baki kerja lebih masa dan tuntutan lain kepada pekerjanya.

Pegawai Pendakwa dari Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Anthony Lawai Lutang menegaskan pendakwaan ini dijalankan sebagai peringatan kepada majikan lain yang masih ingkar Perintah Gaji Minimum dan undang-undang buruh yang lain.

Kes berkenaan telah dibuka dan disiasat oleh Pejabat Tenaga Kerja Marudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia