Utusan Borneo (Sabah)

Kelab pemilik Ford Ranger tamat ekspedisi darat 4x4 pertama ke Ulu Engkuah, Song

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KAPIT: Keseronoka­n dan kegembiraa­n merupakan gambaran terbaik perasaan kesemua 60 orang peserta Kelab Pemilik Ford Ranger (FROC) Rantau Borneo sebaik sahaja mereka menamatkan ekspedisi darat 4x4 pertama ke sebuah lokasi bernama Ulu Engkuah, yang terletak di Daerah Song, Kapit, Sarawak.

Dianjurkan oleh FROC dan disokong oleh Sime Darby Auto Connexion, pengedar tunggal Ford di Malaysia, ekspedisi tiga hari dua malam itu menandakan detik sejarah buat FROC yang telah memandu sejauh 120 kilometer dalam masa 8 jam melalui laluan kerikil Ngungun-Song Estate yang licin, melintasi sungai dan kawasan-kawasan berbukit yang tidak terjangka, dalam 16 buah trak pikap Ford Ranger.

Pengerusi penganjur FROC Martinson Banyang berkata ia memang merupakan salah satu ekspedisi ‘off-road’ 4x4 yang terbaik dan paling berjaya yang pernah dianjurkan FROC.

“Kumpulan kami bukan hanya berpeluang untuk mengalami laluan dan permukaan pemanduan yang sukar tetapi kami juga dapat mengalami budaya dan juadah penduduk kampung, di samping menjadi lebih peka akan pentingnya pemulihara­an alam semulajadi,” katanya.

Ulu Engkuah merupakan sebuah perkampung­an terpencil yang terletak di daerah Song, yang berada di bawah kawasan Kapit, Sarawak. Ia dikeliling­i oleh hutan hujan Borneo yang subur dan tidak terusik, sungai-sungai jernih dan udara yang segar.

Terletak 120km dari pekan utama Kanowit, satu-satunya cara untuk ke Ulu Engkuah adalah melalui Sungai Rajang, sungai utama Sarawak. Pemetaan laluan darat oleh kumpulan FROC mengambil masa yang lama tetapi mereka berjaya melakukann­ya dengan bantuan orang asli tempatan dari perkampung­an berdekatan. Penerokaan laluan itu turut membuka peluang pembanguna­n buat penduduk Ulu Engkuah.

Tambah Martison lagi, mereka tidak mungkin dapat tiba di destinasi itu tanpa kenderaan lasak yang boleh dipercayai seperti Ford Ranger kerana keupayaann­ya untuk menangani halangan, anakanak sungai, laluan beralun dan permukaan berbukit yang tidak dijangka.

“Ekspedisi ini turut memperkena­lkan ahli baharu kami dan juga komuniti yang menetap di sana dengan sebuah laluan alternatif ke Ulu Engkuah,” katanya

Dengan kemampuaan trak pikap Ford Ranger untuk membawa muatan berat maksima satu tan (atau 1000kg), para peserta tidak risau untuk memuatkan Ford Ranger mereka dengan peralatan, makanan dan minuman, bahan perkhemaha­n dan barangan peribadi untuk perjalanan itu.

Mereka telah berjaya merentasi lereng-lereng bukit yang licin pada kecerunan sebanyak 45 darjah dengan bantuan ciri Kawalan Pecutan Bukit (Hill Launch Assist) yang dihidupkan tepat pada masa yang sesuai. Dengan keupayaan trak Ranger untuk merentasi air, mereka juga berjaya melalui perairan yang dalam mahupun yang cetek dengan mudah.

FROC telah bermula membuat perancanga­n untuk ekspidisi off-road yang lebih menakjubka­n dan ekstrem untuk mencabar tahap mental dan fizikal para peserta.

Paling penting juga adalah untuk menguji keupayaan trak-trak Ranger dan kepakaran para pemandu ke tahap maksima dengan pemanduan jarak jauh selama 12 – 18 jam, jauh ke dalam hutan.

 ??  ?? PESERTA mengabadik­an gambar kenangan.
PESERTA mengabadik­an gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia