Utusan Borneo (Sabah)

Urus perubahan dengan cekap

Saranan kepada warga pendidik di Sabah

- Oleh DELLROY

NABAWAN: Warga pendidik di negeri ini perlu bersedia menerima dan mengurus perubahan denganceka­psertaberk­esan agar aktiviti pembelajar­an dan pemudahcar­aan di sekolah menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan pelajar.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul berkata, menyedari kepentinga­n guru memahami dan bersedia melakukan perubahan sesuai dengan pembelajar­an abad ke-21, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarka­n inisiatif itu secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaa­nnya ke seluruh negara mulai 2015.

Katanya, dalam hal itu, beberapa kemahiran yang perlu dikuasai warga pendidik iaitu kemahiran pembelajar­an dan inovasi, kemahiran maklumat, media danteknolo­gisertakem­ahiran hidup dan kerjaya.

“Cabaran pendidikan abad ke 21 ini adalah menyediaka­n pembelajar­an yang menjurus ke arah kemahiran berfikir aras tinggi dan mengurus bilik darjah atau ruang pembelajar­an yang lebih dinamik.

“Nanum demikian, cabaran utama adalah bagaimana warga pendidik menggunaka­n pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanak­an aktiviti pembelajar­an yang lebih efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembang­an semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Karnival Pembelajar­an Abad Ke-21 sekolah-sekolah daerah ini di SMK Nabawan Dua. Teks ucapannya disampaika­n oleh Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPNS Aslie Sahat.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Nabawan Saibeh Abdul Sani berkata, sebanyak 27 sekolah rendah dan tiga sekolah menengah di Nabawan akan melaksanak­an pembelajar­an abad ke-21 bagi melahirkan pelajar berkemahir­an tinggi dan berkualiti walaupun jauh di pedalaman negeri ini.

Beberapa aktiviti bagi mencapai hasrat karnival itu diadakan iaitu melakukan pemantauan dan penilaian pelaksanaa­n PAK21 yang telah dilaksanak­an oleh Unit Pengerusan Akademik PPD Nabawan di 10 sekolah iaitu SMK Nabawan, SMK Sepulot, SMK Nabawan 2, SK Kg Bahagia, SK Sepulot, SK Pekan Nabawan, SK Kg Enam, SK Tetagas dan SK Tampusison manakala sebuah sekolah yang melibatkan diri secara sukarela adalah SK Pekan Pensiangan.

Turut diadakan ialah penyampaia­n sijil dan Anugerah Sekolah PAK21 2017 bagi sekolah rendah dan menengah, Anugerah Guru Ikon sekolah rendah dan menengah, dan Anugerah Booth pameran PAK21 terbaik.

“Cabaran pendidikan abad ke 21 ini adalah menyediaka­n pembelajar­an yang menjurus ke arah kemahiran berfikir aras tinggi dan mengurus bilik darjah atau ruang pembelajar­an yang lebih ” dinamik. DATUK HAJAH MAIMUNAH HAJI SUHAIBUL Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS)

 ??  ?? ASLIE dan Saibeh bersama warga pendidik mengabadik­an gambar kenangan.
ASLIE dan Saibeh bersama warga pendidik mengabadik­an gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia