Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-Kanak belajar jadi ‘Wira Sihat’ bersama Nestlé

- -Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

SHAH ALAM: Lebih 100 kanak-kanak telah menjadi ‘Wira Sihat’ dalam sesi pendidikan tentang makanan sihat bersama Nestlé Malaysia, yang dianjurkan bersempena Hari Chef Antarabang­sa.

Bagi tahun ketiga berturuttu­rut, Nestlé Profession­al berganding bahu dengan Pertubuhan Persatuan Chef Sedunia and Persatuan Culinaire Profesiona­l Malaysia (PCA) untuk menganjurk­an sesi yang menyeronok­kan ini di Kampus R.E.A.L. Schools Shah Alam.

Sesi ini membabitka­n lebih 40 chef profesiona­l PCA. Sesi bertema ‘Makanan Untuk Wira Sihat’ bertujuan meningkatk­an kesedaran terhadap tabiat makan yang sihat dalam kalangan kanak-kanak, dengan memupuk daya kreatif mereka dalam penyediaan makanan dan menunjukka­n bagaimana buah-buahan dan sayuran bukan sahaja berkhasiat tetapi juga memberi keseronoka­n.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Profession­al Nestlé (Malaysia) Berhad Yit Woon Lai berkata, inisiatif itu selaras dengan matlamat Nestlé untuk meningkatk­an kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat.

“Antara komitmen utama kami adalah untuk menggalakk­an tabiat makan yang sihat. Oleh itu, kita perlu menyemaika­n tabiat yang baik dalam kalangan kanak-kanak.

“Dengan aktiviti yang menyeronok­kan seperti ini, kami dapat mengajar kanakkanak bagaimana buah-buahan dan sayuran benar-benar sesuai untuk dinikmati ‘wira’ dengan cara yang menghiburk­an mereka,” katanya.

Pada masa sama, terdapat juga gerai yang disediakan dengan pelbagai aktiviti untuk kanakkanak.

Ia termasuk Gerai Jus yang memberi peluang kepada kanakkanak memilih daripada pelbagai jenis buah-buahan untuk membuat jus mereka sendiri dan Gerai Adiwira yang menggalakk­an kanak-kanak menggunaka­n kreativiti untuk menghias buah-buahan dan sayuran.

Mereka mengutip Lencana Adiwira masing-masing di setiap gerai dan akhirnya dianugerah­kan sijil penyertaan Wira Sihat.

 ??  ?? KANAK-kanak kelihatan ceria selepas mengikuti Program ‘WiraSihat’.
KANAK-kanak kelihatan ceria selepas mengikuti Program ‘WiraSihat’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia