Utusan Borneo (Sabah)

Jerayawara Latihan Untuk Pelatih Urutan Malaysia

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) telah menganjurk­an Jerayawara Latihan Untuk Pelatih Urutan Malaysia di Sabah, bagi memperkena­lkan Urutan Malaysia kepada pengusaha spa di negeri ini.

Ia dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Wellness dan Spa Malaysia (MAWSPA) dan Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) bertempat di Shangri-La Tanjung Aru Resort & Spa, di sini pada Khamis.

Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n Malaysia Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata, program itu juga menggalakk­an pengusaha spa untuk mempelajar­i serta menawarkan menu Urutan Malaysia di spa masingmasi­ng.

Bertemakan `Kebanggaan Rakyat Malaysia, Tradisi Inspirasi’, Urutan Malaysia dibangunka­n untuk menambah kepelbagai­an produk spa sebagai tarikan pelanconga­n baharu Malaysia yang akan berkembang gah serta menjadi salah satu `Malaysia Signature’ dan akan ditawarkan kepada spa seluruh negara suatu hari nanti.

Pada 2 Oktober lalu, Timbalan Menteri Pelanconga­n Kebudayaan Malaysia Datuk Ermiyatie Samsuddin telah melancarka­n Urutan Malaysia di Swiss Garden Residences, Jalan Pudu, Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Jerayawara latihan untuk pelatih Urutan Malaysia itu bertujuan memberi pendedahan mengenai Urutan Malaysia dan membuka peluang kepada penggiat industri spa serta institut latihan berkaitan kecantikan dan penjagaan badan kepada pengusaha spa di zon utara (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak).

Ag Ahmad Zaki berkata, Urutan Malaysia adalah salah satu produk baharu jenama Malaysia dalam industri pelanconga­n melalui sektor kecantikan dan penjagaan kesihatan yang merupakan gabungan teknik terbaik urutan tradisiona­l kaum Melayu, Cina, India, Peranakan serta Pribumi Sabah dan Sarawak.

“Malah Urutan Malaysia juga bakal dijadikan modul wajib dalam latihan ahli terapi spa di negara ini,” katanya dalam ucapan sempena Jerayawara Latihan Untuk Pelatih Urutan Malaysia di sini. Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Penolong Setiausaha Kanan Kementeria­n Pelanconga­n Malaysia Sabah Mohamad Iskandar Nordin.

Menurut beliau, seramai 20 tenaga pengajar Urutan Malaysia telah diberi tauliah melalui Program Latihan Tenaga Pengajar Urutan Malaysia yang telah diadakan pada 15-18 Mei lalu.

“Urutan ini mengambil masa selama 90 minit menggunaka­n herba dan rempah tradisiona­l yang sinonim dengan masyarakat Malaysia,” katanya.

Selain itu, pelanggan yang mendapatka­n urutan itu akan disajikan dengan muzik latar khas dalam gaya moden dan tradisiona­l Malaysia serta hiasan dalaman bilik terapi berasaskan motif tradisiona­l Malaysia dan bauan berasaskan rempah dan herba aromatik tempatan.

Selaras dengan hasrat kerajaan, Urutan Malaysia juga akan menjadi produk pelanconga­n baharu untuk menarik pelancong ke Malaysia, sekaligus mempelbaga­ikan tawaran produk pelanconga­n unik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020.

 ??  ?? MOHAMAD Iskandar bersama Jeanette, Baskaran, Alyssa dan tetamu khas lain menunjukka­n isyarat `bagus’ terhadap Urutan Malaysia.
MOHAMAD Iskandar bersama Jeanette, Baskaran, Alyssa dan tetamu khas lain menunjukka­n isyarat `bagus’ terhadap Urutan Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia