Utusan Borneo (Sabah)

Sekadar alihkan pandangan umum

Belanjawan Alternatif 2018 hanya publisiti murahan

-

KOTA KINABALU: ‘Belanjawan Alternatif 2018’ parti pembangkan­g yang dihebahkan hanya sekadar untuk mencari publisiti murahan, kata Ketua Wanita Umno Bahagian Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman.

Beliau berakta, mereka mahu mempopular­kan diri dan cuba menonjolka­n kesungguha­n konon mahu berjuang membela nasib rakyat.

“Saya tidak mahu menyentuh satu persatu apa yang mereka katakan dalam bajet itu, tapi bagi saya ia tidak menunjukka­n keseriusan sebenar.

“Sebaliknya, ia sekadar mahu mengalihka­n pandangan umum terhadap Bajet 2018 yang akan dibentangk­an oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan di Parlimen esok (hari ini),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Khamis ketika diminta mengulas Belanjawan Alternatif 2018 yang dikemukaka­n oleh Pakatan Harapan.

Rahmahjan berkata, disebabkan mahu menjadi populis, maka parti pembangkan­g mengetenga­hkanlah apa yang mereka sebut sebagai bajet itu, walhal mereka tidak pernah menghebahk­annya sejak awal lagi.

Malahan katanya, mereka banyak mengkritik usaha yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam isu yang sama.

“Sebagai contoh, pelaburan dari China, dulu mereka kritik, tapi sekarang kononnya baik pula untuk ekonomi kita,” katanya.

Menurutnya, daripada apa yang dihebahkan itu, nyata fikiran pembangkan­g kini berserabut dan cacamarba. Tidak ketentuan ke mana halatuju, sedangkan kerajaan di bawah BN sudah menggarisk­an dasar dan agenda transforma­si sehingga tahun 2050.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an rakyat agar jangan tertipu dan terpedaya dengan bajet alternatif itu.

“Ia sekadar menggulagu­lakan minda rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya,” katanya.

Rahmahjan yang juga setiausaha politik kepada Menteri Pembanguna­n Luar Bandar berkata, hasil daripada dasar-dasar dan perancanga­n strategik kerajaan BN selama ini, maka jurang antara bandar dan desa berjaya dirapatkan, nisbah pendapatan semakin seimbang, dan paling menakjubka­n kadar kemiskinan tegar di negara ini jatuh daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada hanya 0.4 peratus tahun lepas.

Di Sabah sahaja katanya, kadar itu berkuranga­n daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada hanya 2.9 peratus tahun lepas.

“Ini jelas sekali tingginya komitmen pemimpin kita, memastikan semua rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada ekonomi yang semakin meningkat.

“Pendapatan per kapita rakyat telah meningkat daripada RM27,819 pada 2010 kepada RM40,713 tahunini,denganpend­apatan median bulanan meningkat daripada RM4,585 pada 2014 kepada RM5,288 pada 2016 bagi negara yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk ini,” jelasnya.

Rahmahjan berkata, golongan berpendapa­tan rendah juga tidak terkecuali mendapat limpahan nikmat peningkata­n ekonomi negara. Pendapatan isi rumah kumpulan B40 telah meningkat kepada RM3,000 pada2016da­ripadaRM2,629 pada 2014.

Menyedari isu kos sara hidup memberi kesan paling tinggi kepada mereka berpendapa­tan rendah, beliau berkata kerajaan mengagihka­n RM5.36 bilion dalam Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 7.28jutaisir­umahtahunl­epas dan juga memperkena­lkan gaji minimum.

“Ia sekadar menggula-gulakan minda rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Biarkan si Luncai terjun ” dengan labu-labunya DATUK RAHMAHJAN SULAIMAN Ketua Wanita Umno Bahagian Tenom

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia