Utusan Borneo (Sabah)

PPKI SK Batu 61/2 Segama sambut Hari Kanak-kanak OKU

-

LAHAD DATU: Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Batu 6 1/2 Segama dengan kerjasama Young Malaysians Movement (YMM) dan Majlis Guru Pendidikan Khas Lahad Datu telah mengadakan sambutan Hari Kanakkanak OKU 2017 peringkat daerah.

Program yang diadakan di sekolah itu pada Selasa adalah untuk memberi peluang kepada murid bekeperlua­n khas (MBK) bersosial bersama masyarakat di samping memberi kesedaran tentang hak mereka untuk dilayan sama seperti anakanak normal yang lain.

Usaha itu selaras dengan hasrat warga PPKI di Daerah Lahad Datu dalam memperjuan­gkan nasib MBK serta merapatkan jurang antara murid normal dan murid berkeperlu­an khas, khususnya dalam layanan sosial mereka.

Dalam program kali ini, sebanyak tiga sekolah di daerah ini mengambil bahagian iaitu, SK Batu 6 1/2 Segama, SK Sahabat 16 dan SK Sepagaya.

Majlis itu menyaksika­n seramai 35 MBK mendapat hadiah sumbangan daripada YMM.

Antara pengisian ialah pertanding­an mewarna, persembaha­n MBK, pertunjuka­n ‘balloon clown’, memotong kek serta penyampaia­n hadiah lepada setiap MBK dan guru.

Guru Besar SK Batu 6 1/2 Segama Ramlan Sameon dalam ucapan perasmian menyatakan hasratnya beliau menggalakk­an sambutan seperti itu dan mengharapk­an sambutan yang lebih meriah lagi pada tahun hadapan.

Sementara itu, Pengarah Program Mohamad Zulhilmi Hussin dalam ucapannya berkata, “Saya berharap agar YMM akan sentiasa komited dalam menyokong setiap program yang melibatkan MBK.”

“Saya juga menyeru agar NGO lain dapat menyokong kamidalamm­emperjuang­kan nasib MBK khususnya di Daerah Lahad Datu,” katanya.

 ??  ?? SALAH seorang pelajar menerima hadiah daripada YMM.
SALAH seorang pelajar menerima hadiah daripada YMM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia