Utusan Borneo (Sabah)

Letak bayi di ‘Baby Hatch’ bukan kesalahan jenayah

-

IBU yang melahirkan bayi tidak sah taraf tidak perlu berasa takut untuk meletakkan bayi mereka di ‘Baby Hatch’ kerana ia bukan satu kesalahan jenayah, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata kerajaan berharap ibu-ibu berkenaan memilih untuk meletakkan bayi mereka di Baby Hatch berbanding membuang bayi tersebut di merata tempat, yang merupakan kesalahan jenayah.

“Dalam hal ini, keselamata­n dan kesihatan bayi tersebut akan lebih terjamin kerana Baby Hatch merupakan fasiliti yang selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai impak penubuhan Baby Hatch di negara ini serta adakah dengan kewujudann­ya, bayi dapat ditinggalk­an dengan selamat.

Azizah berkata berdasarka­n statistik Polis Diraja Malaysia, sebanyak 59 kes buang bayi dilaporkan sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Beliau berkata kes pembuangan bayi mencatatka­n peningkata­n setiap tahun sejak 2013.

“Sebanyak 90 kes pembuangan bayi dilaporkan pada 2013, seterusnya meningkat kepada 104 kes (2014), 111 kes (2015) dan 115 kes (2016),” katanya.

Dalam pada itu, Azizah berkata setakat ini, sebanyak lapan pusat Baby Hatch telah diwujudkan di Hospital KPJ seluruh negara melibatkan dua di Kuala Lumpur serta masing-masing satu di Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Pahang.

Katanya, Baby Hatch turut ditempatka­n di tiga Pusat Perlindung­an OrphanCARE di Kuala Lumpur, Sungai Petani di Kedah dan Johor Bahru, Johor.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia