Utusan Borneo (Sabah)

Jambatan bebas tol

Abang Johari beri jaminan semua jambatan baharu tidak dikenakan tol

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg memberi jaminan bahawa semua jambatan baharu yang dibina di seluruh negeri tidak akan dikenakan tol.

Menurutnya, beliau akan meneruskan polisi bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem (Tok Nan) itu bagi meringanka­n beban rakyat.

"Kerajaan kini sedang dan akan membina lebih banyak jambatan yang menghubung­kan sungaisung­ai yang kita ada.

"Kesemuanya tidak akan dikenakan tol dan saya sebagai pengganti kepada Tok Nan juga tidak mahu ada tol untuk jambatan-jambatan berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Jambatan Gantung Satok yang dihadiri Timbalanny­amerangkap­Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Tan Sri Datuk Amar James Masing di sini, pada Rabu.

Abang Johari menjelaska­n, antara projek jambatan yang sedang dijalankan termasuk JambatanBa­ko,jambatandi­Emart Matang, Jambatan Rambungan serta satu jambatan yang sedang dalam perancanga­n iaitu dari Darul Hana ke Bintawa.

"Selain itu di bandar raya ini sendiri kita sedang membina jambatan yang akan menjadi signifikan iaitu 'Jambatan S' di Tebingan Kuching.

"Nama jambatan berkenaan belum lagi ada dan kita memberi penghormat­an kepada Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib menamakann­ya nanti," kata beliau.

Abang Johari berkata, kerajaan negeri komited untuk membangunk­an prasarana di seluruh negeri terutama jambatan

“Saya akan meneruskan polisi bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem (Tok Nan) itu bagi meringanka­n beban rakyat. Kerajaan kini sedang dan akan membina lebih banyak jambatan yang menghubung­kan ” sungai-sungai yang kita ada. ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri Datuk Patinggi

demi menghubung­kan penduduk di bandar dan luar bandar.

Jelasnya, pembinaan jambatan bukan sahaja memberi manfaat dari segi perhubunga­n kepada penduduk tetapi juga menggambar­kan nilai perpaduan dan bersatu di kalangan pendudukny­a.

"Sebagai contoh bagi Jambatan Gantung Satok ini, ia bukan sahaja bernilai dari segi sejarahnya dan tarikan kepada pelancong tetapi menggambar­kan perpaduan antara penduduk dari kedua-dua belah (tebing) sungai (Sarawak)," katanya.

Mengulas lanjut, Jambatan Gantung Satok yang dibina pada 1926 itu juga menurut beliau menjadi sejarah dari segi kejurutera­annya.

Namun jelasnya, disebabkan sudah terlalu uzur, jambatan bersejarah itu runtuh pada 2004 dan kini bakal dibina semula.

"Kita mahu ia nanti menjadi satu tarikan di bandar raya ini kerana ia menghubung­kan kampung seberang ke pasar baharu di Medan Niaga Satok bagi pejalan kaki.

"Bukan itu sahaja diharapkan ia akan dipasang lampu LED agar menjadi laluan 'River Cruise' yang melalui sungai ini sehingga ke ‘Jambatan S’ yang sedang kita bina," katanya.

Abang Johari berkata, ia selari dengan perancanga­n pembanguna­ndisepanja­ngtebing Sungai Sarawak yang dilaksana secara berfasa bagi memastikan bandar raya Kuching bersih, cantik dan rakyatnya bersatu.

 ??  ?? ABANG Johari diiringi Masing (kanan) bersama pegawai JKR meneliti replika Jambatan Gantung Satok yang dijangka siap dua tahun lagi. Turut kelihatan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (belakang,...
ABANG Johari diiringi Masing (kanan) bersama pegawai JKR meneliti replika Jambatan Gantung Satok yang dijangka siap dua tahun lagi. Turut kelihatan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (belakang,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia