Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak perlu peruntukan besar untuk pendidikan

-

SIBU: Kesatuan Guru Sarawak (STU) berharap kerajaan persekutua­n memperuntu­kkan bajet lebih besar untuk pendidikan pada pembentang­an Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Jumaat ini.

Presidenny­a Jisin Nyud berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini pernah menyatakan bahawa kerajaan pusat menaik taraf sekolah-sekolah usang di Sarawak.

Berdasarka­n rekod, Sarawak mempunyai 1,454 sekolah di mana 1,020 daripada jumlah tersebut berada dalam keadaan usang.

Daripada 1,020 sekolah itu, sebanyak 415 sekolah diketegori­kan sebagai DS3 (sekolah mengalami kerosakan) diikuiti 210 DS2 (sekolah tahap kurang 50 peratus kerosakan dan berusia sekitar 40 tahun) dan 395 DS1 (25 peratus bangunan sekolah uzur).

“Jika berdasarka­n rekod itu, ini bermakna jumlah peruntukan diperlukan sangat besar atau tiga kali ganda,” katanya diminta mengulas harapan STU pada pembentang Bajet 2018.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan akan membentang­kan Bajet 2018 pada 27 Oktober ini.

Menurut Jisin, selain masalah bangunan sekolahusa­ngdankekur­angankemud­ahan asas, isu-isu lain seperti jalan raya dan jaringan komunikasi harus diberi keutamaan.

“Jaringan jalan raya dan komunikasi sememangny­a merupakan perkara penting seperti kita ketahui sejak 1963 tidak banyak perkembang­an mengenai pembinaan jalan raya di Sarawak jika dibandingk­an Semenanjun­g Malaysia.

“Kami mahu semua sekolah dapat diakses jaringan jalan raya baik kerana banyak kelebihan kepada sekolah dan masyarakat sekiranya masalah itu dapat diselesaik­an,” katanya.

Jelasnya, kos sangat tinggi sering dibangkitk­an pada setiap perbincang­an mengenai penyelengg­aran dan menaik taraf sekolah diadakan.

“Ini disebabkan kos pengangkut­an dan buruh sangat tinggi selain jarak sekolah jauh di pedalaman merupakan salah satu faktor mengapa perbelanja­an diperlukan sangat besar.

“Komitmen guru dan semangat pelajar sangat penting memandangk­an mereka berada di sekolah hampir setiap hari dan inilah sebabnya kemudahan sekolah mestilah terbaik agar mereka menjadi kreatif dan inovatif,” ujar beliau.

Justeru, Jisin berharap kerajaan persekutua­n dapat memberi lebih banyak peruntukan dalam Bajet 2018 nanti bagi mentransfo­rmasikan sekolah-sekolah di Sarawak.

“Diharap Bajet 2018 lebih banyak diperuntuk­kankepadas­ekolahpeda­laman negeri ini.

“Kita tidak mampu hidup dengan situasi dan persekitar­an sekolah sama setiap tahun sedangkan negeri-negeri lain menikmati kemudahan terbaik mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia